Total Pageviews

Tuesday, 23 February 2016

Tips Ber'backpack' Pada Musim Sejuk

***This entry especially for woman traveller.



Hi! Before that, let me ask you one question. Adakah anda salah seorang wanita yang suka travel secara backpack?  Jika ya, kita geng! Ohhhhh hoooiiiiiiiii....... 


Sampai sekarang aku masih setia ber'backpack' ketika travel. Adakalanya risau juga dengan keadaan tulang belakang jika selalu membawa bebanan yang berat. Tapi, ntah lah..  Rasa selesa sangat, mudah dan menjimatkan masa serta wang jika bawa backpack berbanding trolly bag. Walaupun pernah travel sehingga 10 hari pada musim sejuk, aku tetap setia dengan beg 32l yang aku pakai sejak 2013 dahulu. Yang paling penting, aku tak pernah check in luggage pun. Jimat duit di situ. So, macam mana aku survive dengan hanya beg 32l??? Aku berjaya 'list'kan beberapa tips ber'backpack' sewaktu musim sejuk. Kalau anda ada sebarang penambahan, bolehlah kita kongsi bersama.


1. Backpack. Pilih backpack yang tidak terlalu oversize. Bila terlalu oversize, nampak sangat kebesaran dan keberatan bebanan di situ. Nanti tak pasal-pasal tak lepas bawak naik atas kabin dan terpaksa bayar duit luggage. Alhamdulillah, setakat ini beg 32l aku belum pernah tak lepas masuk kabin walaupun bebanan kadang kala mencecah 10-11kg. Phewwwww... 


2. Shoulder bag. Aku akan bawa satu extra hand luggage iaitu shoulder bag yang boleh mengisi barang yang banyak. Normally, dalam shoulder bag tu aku akan masukkan sling bag, buku catatan, makanan, dan lain-lain lagi.




Nampak tak shoulder bag aku design askar tu. Ianya diperbuat daripada kain dan boleh dilipat dalam saiz yang kecil. Bila nak naik flight, aku akan masukkan sling bag aku (warna coklat) dalam beg askar tu. So, di tangan aku just tinggal dua beg yang akan dibawa naik ke atas kabin. Cukup syarat!Time nak masuk tu, doa-doa la jugak dengan harapan lepas. Yang penting, muka haruslah confident. Kui kui



3. Makanan. Celah mana aku sumbat makanan selama 10 hari? Sepanjang travel ke Korea dan Jepun, aku akan tapau sambal ikan bilis kering dan serunding. Untuk jimat space, bungkuskan dalam plastik berbanding simpan dalam tupperware. Aku ada jugak bawa kari, nasi goreng dan beriani Brahim dalam 4-5 bungkus dan aku buang kotaknya untuk jimat ruang semaksima mungkin. Lepas kastam! Bernasib baik mungkin. Bagi negara yang cerewet seperti Australia, better jangan buang kotak sebab takut pihak di sana check. Kalau kena tahan, at least ada maklumat dekat kotak makanan yang kita bawa. Hmmm, actually tak sure sangat pasal barang yang boleh dan tak boleh di bawa ke Australia ni sebab tak pernah sampai ke sana lagi. Siapa suka bawa roti kalau pergi travel? Aku akan beli roti bila dah lepas pintu masuk besar depature. Aku akan singgah convenient store untuk beli roti sebanyak yang boleh. 


4. Winter coat/Muffler. Aku akan bawa satu je winter coat. Backpackers selalunya jenis sempoi je. Tak kisah sangat kalau tak dapat melaram ala-ala Che Ta yang bertukar setiap hari winter coat ketika travel. Winter coat memang sangat tebal kan. Kalau sumbat dalam backpack, memang dah makan suku saiz space. So, sila pegang di tangan sahaja winter coat anda ketika melalui proses kastam. Dah lepas, letak je lah dalam mana-mana beg extra pun. Kalau teringin sangat kelihatan gorgeous di gambar, boleh juga bertukar-tukar winter coat jika anda sama saiz dengan rakan anda. Knit muffler yang dipakai di leher pun agak tebal. Aku akan ikat sahaja di luar backpack. Biar je bergantung di backpack. 


5. Baju/Seluar/Kasut/Shawl/Kain telekung. Aku memang tak bawak banyak baju dan seluar pun. Kasut pulak memang pakai sepasang tu je dari awal sampai balik. Aku selesa dengan memakai sport shoes je. Baju dan seluar boleh dipakai berulang-ulang memandangkan ketika winter tak berpeluh. Beg 32l tu rasanya boleh sumbat dalam 6 helai baju. Aku akan guna teknik menggulung untuk jimat space. Memang berkesan!. Untuk shawl, sangat recommended pilih shawl yang tidak mudah berkedut. Kain telekung pulak aku bawa yang nipis dan tidak jarang. Banyak je dijual di pasaran.


6. Toiletries. Barang-barang toiletries aku akan seal dalam transparent plastic. Aku akan bawa dalam kuantiti yang kecil. Selalunya dekat hostel atau guest house memang sudah tersedia shampoo dan shower bath.

7. Lip balm/Lotion/Ubat-ubatan. Ketiga-tiga benda ini agak penting ketika travel pada musim sejuk. Sediakan lah apa yang patut especially ubat-ubatan. Baru-baru ini  memang terlupa nak bawa lip balm sewaktu ke Jepun. Terpaksa membeli juga. Bibir dan kulit akan mudah kering dan merekah sewaktu musim sejuk. 

8. Senaman. Senaman adalah sangat penting bagi backpacker traveller. Nak pakai kaki seharian kot! So, before pergi mana-mana trip, make sure aktifkan badan anda terlebih dahulu. Ingat lagi masa trip ke Korea 2014, aku mengalami sakit kaki walaupun baru je menjejak bumi Korea. Last year memang aku dah sedar dari lamunan. Hasilnya ketika trip ke Thailand dan Jepun-Korea, aku tak mengalami sakit kaki yang serius. Syukur! 






Itu sahaja tips yang aku ingat dan terlintas di fikiran. Yang penting, gunakan ruang backpack anda secara bijak. Teknik mengulung pakaian tu paling terbaik jika anda penggemar backpack. Secara tak langsung, anda tak perlu nak spend money untuk bayar luggage. Bye!










8 comments:

  1. Masalah saya kalau backpack slalu rasa sakit blkang....mungkin x btl bawak bag kot... atau bag tu x sesuai...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kena tengok jenis backpack dan berat bebanan yang ditanggung. Kalau over bebanan, memang akan sakit badan.

      Delete
  2. Salam,

    Saya tertarik dengan kisah backpacker anda. Saya akan berpacker ke Korea next week dan ini 1st time saya tidak menggunakan khidmat luggage bag.Boleh saya tahu untuk cabin luggage, selalunya dorang akan timbang ke? Macam Airasia kena min 7Kg.Kalau lebih takde masalah ke? dan kotak2 mknan sperti brahim, campbell soup. xde masalah ke kalau buang kotak?

    Harap dapat membantu saya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. memang airasia tetapkan cabin luggage max 7kg sahaja.tetapi setakat ni memang tak pernah lagi kena tahan kena timbang. hehehe.. makesure backpack tak terlalu besar. kalau tak salah saya backpack max 45liter yang ok utk cabin. buang kotak ok je. mmg saya buang kotak baru2 ni. autralia yg strict psl ni.

      Delete
  3. Assalamualaikum, sis, boleh share gambar beg yg sis guna time travel tuh? N apa detail brg yg sis bawak kat sne?

    ReplyDelete
  4. Slm sis, beg tarik & backpack lps x naik cabin?

    ReplyDelete
  5. Kalau nk travel memang masalah betul nk packing brg.. hehe. Tu belum time nak balik,lg haruuu πŸ˜‚πŸ˜‚ tq sudi share tips😊

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete