Total Pageviews

Sunday, 27 August 2017

Euro Trip 2016: (Day 4) Paris

Semangat menulis dah mai. 

Jom sambung entri Euro!

 

Untuk pengetahuan semua, aku sampai di Paris dari London pada pukul 6.50 pagi iaitu pada hari Isnin bersamaan tarikh 5/12/2016. Trip ni adalah pada tahun lepas. Agak lapuk di situ bukan? 

 

Ada yang tanya aku, ok ke naik bus OUI bus? Jawapannya, ok je. Ada tandas dalam  bas. Kalau rasa nak membuang tu, tak de hal. Tapi aku try lah elakkan dari rasa nak membuang. Pelik wei membuang dalam bas. Tak biasa kot! Satu lagi masa aku beli online ticket, aku choose seat yang bukan berdekatan dengan tandas. Mana tau bukan kalau tetiba ada bau yang agak menyeramkan muncul mengganggu ketenteraman tido aku. Sepanjang perjalanan lebih kurang 8 jam, aku tido dengan jayanya. Sekali tu passenger kena turun untuk scan passport before nak masuk Paris. Time tu aku pening-pening mamai. Setel je aku terus naik bas laju-laju. Tak sempat pun bus bergerak aku dah ting tong, tido! Sejam sebelum nak sampai Paris je aku terjaga. Overall, perkhidmatan bus OUI sepanjang trip aku di Euro ok je. Everything went well. Kalau long distance, digalakkan pilih trip tengah malam. Tak terasa penatnya dan boleh jimat untuk accommodation. 

 

Disebabkan sampai awal pagi tu, maka kami just lepak dekat Paris de Bercy bus station. Pilih seat dan keluarkan bekalan makanan seperti roti dan peanut butter. Enjoyed our breakfast sehingga pukul 9 pagi. Sebelah bus station ada hotel. Lupa dah nama hotel tu. So dapatlah kami connect to internet sepanjang lepak dekat situ.


Bercy merupakan train station yang berada berdekatan sahaja dengan Paris de Bercy station. Lepas buat research, kami decide untuk stay di Le Petit Motrogue Guest House. Dari Bercy station (line 6), kami turun di Denfert Rochereau Station. Lupa nak inform yang kami beli Carnet ticket sepanjang berada di Paris. Harga untuk 10 keping train ticket bersamaan dengan 14.50 euro. So, sorang guna 5 keping tiket je. Korang boleh google la sikit berkenaan Carnet ticket ni.

 

Kalau nak bercakap bab train di Paris ni, aku rasa nak mengeluh. Phewwwwww…. Satu, signboard sangat mengelirukan. Nak mencari exit pun payah. Kedua, jangan terkejut bila tengok kadang-kadang mesin tiket ok, kejap lagi tak. So, naik train tak payah pakai tiket. Carnet tiket aku siap berbaki lagi 2 rasanya. Just 3 keping yang digunakan. Ketiga, kebersihan lorong dalam train agak out. Ada bau hancing. Keempat, tolong lah berhati-hati semasa naik train. Banyak pick pocket dalam kalangan Romanian katanya. Banyak dah video geng mereka ni mencuri tersebar di youtube. Alhamdulillah, kami tidak menjadi mangsa mereka. Cuma kawan aku ni telah di approach seseorang tapi aku berjaya tarik dia then blah dari situ.


Habis dah iklan pasal train di Paris. Lepas sampai di Denfert Rochereau Station, kami mati kutu nak cari jalan keluar station. Mana perkataan exit ni???? Adoiiiiii….. Kami try tanya peniaga dalam train station and finally dapat juga exit selepas berkali-kali ke hulu ke hilir. Dengan masalah language barrier lagi. Mengeluh untuk kali pertama. Then teruskan mencari guest house. Mengeluh kali kedua. Kenapa? Sebabnya kami dah round dekat sejam tapi tak jumpa-jumpa. Location dah betul. Itu pun selepas bertanya dengan banyak orang. Rupanya guest house kami berada di belakang pintu besar. Kiranya rupa guest house tu memang tak nampak langsung sebab dihalang oleh pintu besar. Sakit jiwa betul. Guest house ni bersebelahan dengan pharmacy. Harga untuk semalam 70 euro. Bila dah check in, rasa hilang semua letih. Sebabnya guest house dia sangat cantik, bersih dan selesa. Cuma api dapur tu amatlah perlahan. Lambat betul maggi aku nak masak. Yang lain perfect!












Ni lah our guest house in Paris. Bangunan dari luar macam ni. Actually luar bangunan ni ada gate besar. Jadinya memang menghalang terus penampakan bangunan ni dari luar. Tu lah antara punca kami stress dan agak give up sepanjang di Paris. Tapi bila masuk ke dalam, puas hati! Berbaloi lah dengan harga. Just 500m walking from Denfert Rochereau Station.





Lepas solat, lebih kurang pukul 12.40 tengah hari, kami naik train nak ke Bir Hakeim station. So, carnet ticket aku yang kedua telah digunakan. Exit train station, terus cari signboard Eiffel Tower. Jalan sikit dah boleh nampak Eiffel Tower. Aku dan Cik Rheitta sampai ke sudah tak percaya yang kami berjaya jejak di bumi Eropah. Eiffel Tower berada di depan mata kami sahaja. Area situ terlalu banyak penjual souvenir kulit hitam. Beli lah dengan mereka sebab harga lebih murah berbanding beli di kedai souvenir. 1 euro keychain Eiffel Tower boleh dapat 10 biji. Fm pulak 6 biji berharga lebih kurang 10 euro. Kami sempat juga sembang dengan penjual kulit hitam dekat sini. Sorang tu macam asal dari Sinegel. Kemain dia tanya kami kenapa perempuan Malaysia tak nak kahwin dengan orang kulit hitam. Hahaha… Dia tak tau kot belambak je gadis-gadis Malaysia terpesona dan berkahwin dengan orang kulit hitam. But kami tak tersenarailah… Oppsss!







Exit Bir Hakeim station, terus nampak signboard ni. Dari jauh dh boleh nampak Eiffel Tower.







Beli lah dengan geng kulit hitam ni sebab harga lebih murah. Try la bargain sikit. Pasti berbaloi.








Then kami meneruskan langkah kaki menyusuri Seine River. Dari sini dah boleh nampak banyak binaan yang menjadi mercu tanda kota Paris. Kota Paris agak meriah sebab ada Villages du Noel atau bahasa melayunya ala-ala perkampungan krismas yang menjual pelbagai jenis makanan, barang perhiasan dan lain-lain. Memang agak happening lah. Sempat aku try chestnut yang berharga 5 euro. Not bad! Makan benda panas time musim sejuk memang nikmat.






Seine River













Gambar di bawah adalah gambar-gambar yang diambil di Villages du Noel










Chestnut yang berharga 5 euro. kalau convert dekat RM25 jugak lah. 








Hari semakin gelap. Sedikit terkilan sebab kami tak berjaya cover banyak mercu tanda di kota Paris ni akibat kekangan masa. Mungkin 3 hari 2 malam di Paris baru memadai untuk menikmati Paris atau dikenali dengan kota cinta dengan puas. Malam tu kami siap-siap mengemas sebab esoknya nak ke Brussel pula. 



 

Tuesday, 4 July 2017

Perth Trip 2017: My First Solo Trip!

Assalamualaikum. Hi readers!


Rasa macam lama giler tak update blog. Maafkan saya. Selain disebabkan busy dan tiada mood mengupdate, laptop aku juga menyumbang kepada permasalahan ini. So, 3 in 1 lah. Entri ke Paris entah bila aku nak update. Insyaallah I'll try my best. 


Second ramadhan yang lepas, aku telah berjaya travel ke Perth, Australia secara solo. Kiranya my dream before 30 untuk travel secara solo telah berjaya. Alhamdulillah. It was a nice experience. Actually, patutnya aku travel with my travel partner, Rheitta. Then she cancelled the plan due to her own reason. Aku terima dengan hati terbuka. Terus dapat idea untuk jadikan Perth as my first solo trip memandangkan Perth antara tempat yang safe untuk dilawati bagi solo traveller especiallay woman traveller. 


Nak dijadikan cerita, Airasia reschedule flight then aku dapat email yang aku boleh choose any date or claim duit ticket dengan minyak Shell. Asalnya flight aku pada pukul 8.00 pagi macam tu lah then Airasia reschedule to 9.00 pagi something. Perjalanan pulak ambil masa around 5 hours++. Jadinya aku akan sampai di Perth agak petang. Aku beli tiket pagi sebab tu je yang murah. Tiket KL-Perth berharga RM200. Tiket tengah malam mahal. So, bila Airasia reschedule dan tawarkan untuk change ticket, terus lah aku ambil tiket tengah malam. Esok paginya terus aku live chat dengan Airasia. Kejap je dapat tukar date baru. Selesai! Kalau nak live chat dengan Airasia, memang aku suggest awal pagi around 7.00 am mcm tu. Tengah malam busy kot. 


Trip ke Perth adalah selama 5 hari 4 malam dan semuanya baik-baik belaka dan berjalan dengan lancar. The best thing is, Australian sangat friendly! Tak ada pula any incident yang tragis berlaku. Hahaha.. Terus teringat moment kena tahan dekat Istanbul. Phewwwww.. Apa-apapun aku akan story next time lah. Entri Paris pun belum setel lagi. 





Fremantle










Caversham Wildlife Park










Rottnest Island












Blue Boat House









Sepanjang di Perth, aku just guna transportation seperti train dan bus je untuk bergerak ke semua destinasi di atas. Segala budget akan diceritakan selepas aku entri ke Euro selesai. Ntah bila tu agaknya kan? Hahaha..



Bye!

Saturday, 4 March 2017

Euro Trip 2016: (Day 3) London - Marble Arch/Oxford Street and Keningston Garden


Awal pagi kami bangun dan packing barang masing-masing. Hari ni merupakan hari terakhir kami round London. Malam nanti kami akan ke Paris dengan menaiki bas di Victoria Coach Station. Selepas breakfast, kami simpan luggage dalam stor. Aku dah terlupa berapa caj harga untuk simpan satu beg. Terlupa nak mencatat. Tepuk dahi! 


Selesai breakfast, kami berjalan bermalas-malasan di sekitar stesen Bayswater. Perancangan nak terjah Primark. Kalau ikut itinerary, nak naik bas. Bas no berapa?  Station bas dekat mana? Pilihan kedua naik train. Dari Bayswater stop dekat station Notting Hill Gate. Then tukar train (central line-warna merah) ke Marble Arch. Tengah blur-blur, tiba-tiba kami ditegur oleh sekumpulan mak cik-mak cik dari Malaysia. Riuh-rendah kami bersembang. Siap dorang tanya, student ke? Hahaha.. Tua dah saya mak cik! (jawab dalam hati). Mak cik-mak cik ni sempat tunjuk direction nak ke Marble Arch naik bas. Dorang siap suggest jalan kaki je sebab cuaca best pagi tu. Erkkk.. 


Untuk ke Marble Arch/ Oxford Street, boleh naik bas no 94. Tapi kedudukan station bas aku tak dapat nak jelaskan. Cuma anggaran 300-400 meter kot dari hostel tempat kami tinggal. Better ask people around kalau tak sure. Akhirnya dapat juga merasa naik bas dekat London. Turun je dari bas, dah boleh nampak Primark. Malangnya belum di buka. Primark hari tu pukul 12 baru buka. Tu pun dah penuh dengan manusia menunggu depan pintu. Disebabkan lambat lagi nak buka, kami round area Oxford Street dulu.






Awal pagi. Masih belum happening.







Baru perasan yang aku tak ambil banyak gambar dekat sini. Masuk primark pun tak lama. Ada dua sebab. Satu sebab ramai manusia. Sesak! Kedua, kami backpacker budget ciput. Nan hado nak shopping tahap dewa. Aku just beli bomber jacket berharga 10 pound dan black purse berharga 4 pound. Aku perhatikan item dekat Primark banyak yang made in China. Maybe sebab tu lah harga boleh tahan murah. Walaupun made in China, kualiti item not bad kot. Primark ni always menjadi favourite destination shopper luar London. 


Keluar dari Primark, kami terus ke station bas. Yang best tersalah turun station. Macam terlajak satu, dua station begitu. Maka mula lah kami meneruskan langkah kaki ini. Ternampak pulak kedai makan jual kebab. Terasa nak try. Lagipun ni lah first time kami lepak makan kedai sepanjang berada dekat London. Aku order 1 set kebab  (kebab+fries+coke) berharga 7.50 pound. Yes, portion sangat besar seperti blogger-blogger lain mention dalam blog mereka. Aku tak boleh habiskan semua. So tapau bawak balik je. 


On the way balik, kami ternampak  Keningston Garden. Dari jauh dah terpegun. Terus kami decide nak singgah. Memang wow! Amazed with the view. Masya Allah. Dekat Keningston Garden ada kolam yang penuh dengan swan dan itik. Terus je Cik R keluarkan roti dalam beg. 






Banyak juga pilihan menu yang ada. Rasa menyesal pula tak order set ayam je.







Besar portion dia. Fries pun gemok-gemok. Makan sambil sembang kosong memang heaven! Habis makan, kami minta izin nak guna tandas. Lepas tu keluar sambil gelak-gelak sebab nak tengok cermin tak sampai. Hahaha.. Tinggi betul cermin dia. Agaknya ketinggian aku yang hanya 160cm ni hanya layak diklasifikasikan sebagai hobbit je kot di London.










Excited!











Father and son






Aku dengan Cik R boleh habiskan masa berjam-jam melepak dekat sini. Ternyata kami ni memang nature lover. Lebih prefer dan terpesona melihat kecantikan alam semula. Lokasi Keningston Garden just bersebelahan dengan Hyde Park. Pukul 3.30 petang, kami gerak balik hostel. Time ni lah kami tersalah  pilih exit. Adoiiiiii... Terpaksa lalu Hyde Park yang luas tu. Lebih 30 minit kami jalan kaki, akhirnya sampai juga dekat hostel lebih kurang pukul 4.10 petang.


Sampai hostel, kami rest kejap. Then minta izin nak guna kitchen dan tandas. Sempat kami makan dulu sebelum gerak ke Victoria Coach Station. Sekitar 5.30 petang kami gerak keluar hostel. Untuk ke Victoria Coach Station, naik train (circle line-kuning) dan turun di Victoria Station. Keluar je station, turn left dah boleh nampak station besar. Time ni lah mati kutu kejap sebab tak sure ni ke 'station'nya. Banyak kali kami ke hulu ke hilir tanya direction (siap tunjuk tiket) tapi gagal jumpa tempat yang ingin dituju. Hari pulak bertambah gelap. Phewwww.. Mustahil sangat local tak tau. Stress! Selepas bertanya beberapa kali, baru dapat jawapan yang agak meyakinkan. Rupanya station pertama yang kami jumpa tu bukan Victoria Coach Station. Mungkin station yang kami nampak pada awalnya tu hanya station khas untuk perjalanan sekitar London sahaja kot. Kalau ada sesiapa yang tau boleh inform saya ye. Nak ke Victoria Coach Station kena menapak sikit. Next time if nak elakkan keraguan, better tunjuk gambar station supaya lebih jelas.







Itu tuan blog. Dia kebosanan. Lalu dia membuat keputusan untuk melepak saja di lantai. Dia tidak kesah dengan manusia yang lalu lalang. Perut terasa lapar. Dia membuka backpack dan mencapai cekelat Kit Kat yang tidak terusik lagi. Baki kebab pun berjaya dihabiskan akhirnya. Mata pun semakin berat seiring dengan kepekatan malam.




Gambar di atas inilah Victoria Coach Station. Nak ke sana, kena cross jalan dulu.








Station sangat crowded. Kebersihan pun so so je. Kerusi nak duduk tak banyak. Nak masuk tandas kena bayar okeh. Aku lupa berapa pound aku bayar. Hmmm.. Kami naik OUIBUS ke Paris. Bas memang on time! Perjalanan dijangka memakan masa selama 8 jam. 


Jumpa next entry di Paris!

 Assalamualaikum.