Total Pageviews

Saturday, 4 March 2017

Euro Trip 2016: (Day 3) London - Marble Arch/Oxford Street and Keningston Garden


Awal pagi kami bangun dan packing barang masing-masing. Hari ni merupakan hari terakhir kami round London. Malam nanti kami akan ke Paris dengan menaiki bas di Victoria Coach Station. Selepas breakfast, kami simpan luggage dalam stor. Aku dah terlupa berapa caj harga untuk simpan satu beg. Terlupa nak mencatat. Tepuk dahi! 


Selesai breakfast, kami berjalan bermalas-malasan di sekitar stesen Bayswater. Perancangan nak terjah Primark. Kalau ikut itinerary, nak naik bas. Bas no berapa?  Station bas dekat mana? Pilihan kedua naik train. Dari Bayswater stop dekat station Notting Hill Gate. Then tukar train (central line-warna merah) ke Marble Arch. Tengah blur-blur, tiba-tiba kami ditegur oleh sekumpulan mak cik-mak cik dari Malaysia. Riuh-rendah kami bersembang. Siap dorang tanya, student ke? Hahaha.. Tua dah saya mak cik! (jawab dalam hati). Mak cik-mak cik ni sempat tunjuk direction nak ke Marble Arch naik bas. Dorang siap suggest jalan kaki je sebab cuaca best pagi tu. Erkkk.. 


Untuk ke Marble Arch/ Oxford Street, boleh naik bas no 94. Tapi kedudukan station bas aku tak dapat nak jelaskan. Cuma anggaran 300-400 meter kot dari hostel tempat kami tinggal. Better ask people around kalau tak sure. Akhirnya dapat juga merasa naik bas dekat London. Turun je dari bas, dah boleh nampak Primark. Malangnya belum di buka. Primark hari tu pukul 12 baru buka. Tu pun dah penuh dengan manusia menunggu depan pintu. Disebabkan lambat lagi nak buka, kami round area Oxford Street dulu.






Awal pagi. Masih belum happening.







Baru perasan yang aku tak ambil banyak gambar dekat sini. Masuk primark pun tak lama. Ada dua sebab. Satu sebab ramai manusia. Sesak! Kedua, kami backpacker budget ciput. Nan hado nak shopping tahap dewa. Aku just beli bomber jacket berharga 10 pound dan black purse berharga 4 pound. Aku perhatikan item dekat Primark banyak yang made in China. Maybe sebab tu lah harga boleh tahan murah. Walaupun made in China, kualiti item not bad kot. Primark ni always menjadi favourite destination shopper luar London. 


Keluar dari Primark, kami terus ke station bas. Yang best tersalah turun station. Macam terlajak satu, dua station begitu. Maka mula lah kami meneruskan langkah kaki ini. Ternampak pulak kedai makan jual kebab. Terasa nak try. Lagipun ni lah first time kami lepak makan kedai sepanjang berada dekat London. Aku order 1 set kebab  (kebab+fries+coke) berharga 7.50 pound. Yes, portion sangat besar seperti blogger-blogger lain mention dalam blog mereka. Aku tak boleh habiskan semua. So tapau bawak balik je. 


On the way balik, kami ternampak  Keningston Garden. Dari jauh dah terpegun. Terus kami decide nak singgah. Memang wow! Amazed with the view. Masya Allah. Dekat Keningston Garden ada kolam yang penuh dengan swan dan itik. Terus je Cik R keluarkan roti dalam beg. 






Banyak juga pilihan menu yang ada. Rasa menyesal pula tak order set ayam je.







Besar portion dia. Fries pun gemok-gemok. Makan sambil sembang kosong memang heaven! Habis makan, kami minta izin nak guna tandas. Lepas tu keluar sambil gelak-gelak sebab nak tengok cermin tak sampai. Hahaha.. Tinggi betul cermin dia. Agaknya ketinggian aku yang hanya 160cm ni hanya layak diklasifikasikan sebagai hobbit je kot di London.










Excited!











Father and son






Aku dengan Cik R boleh habiskan masa berjam-jam melepak dekat sini. Ternyata kami ni memang nature lover. Lebih prefer dan terpesona melihat kecantikan alam semula. Lokasi Keningston Garden just bersebelahan dengan Hyde Park. Pukul 3.30 petang, kami gerak balik hostel. Time ni lah kami tersalah  pilih exit. Adoiiiiii... Terpaksa lalu Hyde Park yang luas tu. Lebih 30 minit kami jalan kaki, akhirnya sampai juga dekat hostel lebih kurang pukul 4.10 petang.


Sampai hostel, kami rest kejap. Then minta izin nak guna kitchen dan tandas. Sempat kami makan dulu sebelum gerak ke Victoria Coach Station. Sekitar 5.30 petang kami gerak keluar hostel. Untuk ke Victoria Coach Station, naik train (circle line-kuning) dan turun di Victoria Station. Keluar je station, turn left dah boleh nampak station besar. Time ni lah mati kutu kejap sebab tak sure ni ke 'station'nya. Banyak kali kami ke hulu ke hilir tanya direction (siap tunjuk tiket) tapi gagal jumpa tempat yang ingin dituju. Hari pulak bertambah gelap. Phewwww.. Mustahil sangat local tak tau. Stress! Selepas bertanya beberapa kali, baru dapat jawapan yang agak meyakinkan. Rupanya station pertama yang kami jumpa tu bukan Victoria Coach Station. Mungkin station yang kami nampak pada awalnya tu hanya station khas untuk perjalanan sekitar London sahaja kot. Kalau ada sesiapa yang tau boleh inform saya ye. Nak ke Victoria Coach Station kena menapak sikit. Next time if nak elakkan keraguan, better tunjuk gambar station supaya lebih jelas.







Itu tuan blog. Dia kebosanan. Lalu dia membuat keputusan untuk melepak saja di lantai. Dia tidak kesah dengan manusia yang lalu lalang. Perut terasa lapar. Dia membuka backpack dan mencapai cekelat Kit Kat yang tidak terusik lagi. Baki kebab pun berjaya dihabiskan akhirnya. Mata pun semakin berat seiring dengan kepekatan malam.




Gambar di atas inilah Victoria Coach Station. Nak ke sana, kena cross jalan dulu.








Station sangat crowded. Kebersihan pun so so je. Kerusi nak duduk tak banyak. Nak masuk tandas kena bayar okeh. Aku lupa berapa pound aku bayar. Hmmm.. Kami naik OUIBUS ke Paris. Bas memang on time! Perjalanan dijangka memakan masa selama 8 jam. 


Jumpa next entry di Paris!

 Assalamualaikum.

3 comments: