Total Pageviews

Saturday 18 February 2017

Euro Trip 2016: (Day 2) London - Portobello Market, Camden Market & Buckingham Palace

Assalamualaikum. Happy sunday!

Sambung cerita jom!!! Hari kedua di London jatuh pada hari Sabtu. Yeayyyy.. Sebab hari Sabtu the only day u can go to Portobello Market area Notting Hill Gate. Aku boleh gambarkan tahap happening Portobello Market lebih kurang dengan Myeongdong, Seoul. Sesak! Cuma Portobello Market ni famous dengan barang-barang antik dan terdapat lebih daripada 1000 peniaga di sana. 

Untuk ke sana anda boleh turun Notting Hill Gate station (exit 3 or exit 4). Kalau dari Bayswater, jalan kaki je. Macam rugi pulak sebab beza satu station. Tempoh menapak lebih kurang 30 minit. Itupun jalan lenggang-lenggang kangkung, tengok kiri kanan dan stop ambil gambar. Direction dari station Bayswater ke Portobello Market aku tak dapat terangkan sebab sepanjang tempoh menapak kami kerap menanya orang sekeliling. Memang langsung tak sesat.






Weather forecast board at our hostel. Hari sabtu ada matahari sikit. Yes! Baru excited nak ambil gambar.







Sebelum gerak ke Portobello Market, kami breakfast dulu. Breakfast disediakan oleh pihak hostel. Banyak jenis pulak tu. Ada roti, jem, cereal, susu, tea dan lain-lain. Cuma satu je yang tak best. Tempat nak makan agak limited dan kena beratur agak panjang nak ambil makanan. Kalau tak nak sesak mungkin boleh turun awal sikit or sedikit lewat.








Lepas agak lama menapak, kami terserempak dengan segerombolan manusia menuju ke satu tempat. Kami just follow dorang je sebab yakin dorang pun nak ke Portobello Market.





It's Portobello Market!!! Tengok betapa ramainya manusia. Warna building yang colourful sangat cantik.







Fm yang diperbuat dari ukiran kayu. Harga agak mahal. Tapi kalau nak kelainan, boleh la beli sebiji untuk simpanan peribadi.






Sayur nampak fresh dari ladang. 










Aku rasa makanan di atas ni adalah sejenis jeruk. Memang sepanjang trip Euro ni kerap jugalah jumpa makanan ni. 







Layannnn...







Kamera antik!









Sempat masuk dalam satu kedai ni. Baju, beg dan kasut kebanyakkan dijual serendah 5 pound. Agak murah tapi kualiti so so je. Aku perasan kebanyakkan barang made in China.







Bila tengok dorang ni main muzik terus teringat Mr Bean. hahaha...  Cik R kata dorang ni main muzik untuk kutip derma especially time nak krismas. Memang ada disediakan tong kecik dekat depan dorang. 






So sesiapa yang datang ke London, jangan lupa singgah ke sini. Rugi pulak tak rasa suasana market dekat negara luar. Memang setiap market ada keunikkan yang tersendiri. Jangan lupa, Portobello Market hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja. 

Next, kami nak ke Camden Market pulak. Camden Market pun agak popular among tourist dan dibuka setiap hari bermula pada pukul 10.00 am - 6.00 pm. Nak ke sana, kami menapak mencari Notting Hill station. Dari Notting Hill station, kami turun di  Tottenham Court Road (central line - warna merah). Then kami change ke Northen line (warna hitam) dan turun di Camden Town station. 

Exit je dari train, semua pakat stuck dalam station sebab crowded dengan manusia sampaikan nak exit station pun kena beratur daaa... Time macam ni kena be careful sikit kot-kot ada pencopek yang memerhati. 




Camden Town station






Unik kan design building dekat ni. Kami just walk around je. Tak terasa pun nak masuk terjah dalam building area sini. Lagipun tak plan pun nak beli apa-apa.








Jalan depan sikit, boleh nampak banyak stalls jual variety of foods. Banyak juga Asian food tapi tak sure lah halal ke tak. Ada juga beberapa stalls yang jual halal food. Kalau yakin boleh lah try.







Makan dan melepak dekat kaki lima je sebab tiada kerusi meja disediakan. Kalau ditanya which market is better, aku prefer Portobello Market lagi.



Memandangkan ada banyak lagi masa, so kami decided nak ke Buckingham Palace. Aku top up oyster card sebanyak 10 pound. Cukup la kot sampai esok hari. Hasil pertanyaan, station terdekat ke Buckingham Palace adalah Green Park station (victoria line- warna biru). So nak ke sana kena stop  dekat Euston station dan change line to Green Park station. Time ni lah drama hindustan terjadi. Cik R tak sempat keluar train, pintu train dah tutup. OMG! Sebelum train jalan, aku sempat bagi tau Cik R (pakai sign tangan) yang aku akan stay dekat station Euston ni je. Harap dia faham lah gerakkan tangan dan membaca gerakkan mulut aku. 

Almost 10 minutes aku menunggu tapi Cik R tak nampak batang hidung lagi. Dah la no wifi connection. Hmmm.. Mati kutu sekejap. Dalam hati if Cik R tak muncul jugak aku decide nak ke Buckingham Palace seorang diri je. Tiba-tiba tergerak hati nak mencari area sekitar. Then terdengar suara seseorang yang sangat familiar. Cik R berjaya ditemui!!!! Alhamdulillah. Phewwwww.... 





Nak ke Buckingham Palace kena lalu area taman di bawah sampai ke hujung. Sambil berjalan tu jangan lupa stop ambil gambar area situ. View memang sangat amazing. 






Dah nampak Buckingham Palace dari celah sinaran matahari. Antara tourist spot yang menjadi kewajiban untuk dikunjungi jika berada di London. Actually ada Changing of The Guard pada hari tu tapi kami tak sempat tengok sebab berlangsung pada pukul 11.15 pagi. Bukan setiap hari ada upacara tersebut. Kenalah update date and times dekat website. Dekat hostel kami pun ada dicatatkan di board.








Sengaja aku ambil gambar pak cik ni. Ada ramai lagi geng dia. Menyerlah betul warna baju traditional negara dia. Steady pak cik!





Malam tu kami keluar area hostel je mencari souvenir. Memang ramai yang kata souvenir area Bayswater agak murah berbanding tempat lain. Hasilnya aku berjaya membeli fm biasa (bentuk segi empat) sebanyak 20 biji berharga 10 pound. Fm yang lebih berkualiti berharga 15 pound sebanyak 10 biji. Selain tu, aku beli jugak keychain. Harga keychain paling murah aku dapat 11 biji bersamaan 5 pound. Time shopping ni terserempak dengan cikgu MRSM Kulim dengan students dia. Hebat betul trip depa ni. Sampai ke London kot. Habis shopping, balik hostel makan maggi lagi dengan milo panas. Nikmat! 

Nantikan next entry. Bye!




No comments:

Post a Comment