Total Pageviews

Friday, 20 March 2020

Perth Trip 2017: Best Ke Travel Alone?

Salam and hi guys....

 

Dah lama terasa nak start balik update entri tapi asyik terbatas. I dont have time! (kemain alasan). Disebabkan our PM dah announce cuti 2 minggu due to Covid-19, I decided to update entri yang berkurun lamanya. Aku terpaksa godek-godek balik buku catatan lama untuk dirujuk memandangkan aku pernah bagi tahu sbelum ni yang aku ada masalah short term memory lost. Hahahaha....

 

 

 

Buku catatan kesayangan aku. Aku catat every trip yang aku pergi since 2015 sampai last trip to Saudi Arabia in 2018. Then baru ganti buku lain.

 

Okay, back to our topic. Actually aku plan pergi Perth dengan Rheitta, one of my good friends. Aku pernah travel dengan dia ke Euro dan South Korea sebelum ni. Nak dijadikan cerita, something happend to her family and she decided to cancel her trip. Time ni aku reply okay je sebab aku faham her situation. I know her well jugaklah. So aku sayang nak cancel plan ke Perth ni. Dah la dapat return tiket agak murah around RM600. Pada aku murah lah sebab on school holiday. The best thing is, waktu aku pergi tu bulan puasa. Bulan puasa guysss!!!!! Teringin nak rasa nikmat puasa di oversea. (padahal time pergi tu memang aku tak boleh puasa. Hahaha).

 

Memandangkan aku pernah target untuk merasa travel solo before 30, maka aku menyahut seruan hati walaupun kena beletiaq dengan mak aku. Aku meyakinkan mak aku yang Perth tu selamat ja untuk travel solo etc. Maka, bermulalah trip aku as a solo traveller to Perth selama 5 hari 4 malam. Flight aku D7236 dan aku fly pada pukul 1205 pagi (lepas rujuk buku catatan). Time ni aku tak terasa sangat feel travel solo tu. Sebab mengantuk gila.. Aku ingat lagi, naik je flight terus aku pengsan dan langsung tak santap menu yang aku order. Pukul 5.30 pagi, aku pun sampai lah Perth. Time ni mula dah rasa macam tak percaya. Apa yang aku buat ni? Aku dah dekat Australia ke? Benda tu berlegar-legar di dalam kepala otak aku kot. Rasa buat kerja GILA!

Aku langsung tak bawak apa-apa bekalan makanan. Sebab hasil pembacaan, banyak jugak Asian food yang halal dekat Australia plus boleh je beli roti etc dekat convenience store nearby. Memang dah set time travel memang makan ala kadar ja. Nak lepas imigresen, sempat la sekor anjing datang hidu-hidu beg aku dulu. Aku buat muka rilex and alhamdulillah done! Then aku beli simcard Optus 10 dollar dekat luar airport. Time ni pun bermasalah. Aku bukan English speaker wei. English aku so so. Seller yang jual simcard tu boleh gelakkan aku kot. Bila fikir balik, kalau la ada travel partner aku, Rheitta mesti small matter ja dia belikan. Pung pang pung pang English dia bantai. Hahaha.

 

Dah boleh  imagine sikit kan feel jadi solo traveller? Aku rasa aku ada satu perasaan nak mencuba benda baru and aku nak uji tahap mana keberanian aku. Satu lagi, aku jenis tak kisah  kalau nak makan sorang and jalan sorang-sorang. Sebab tu, aku terasa sangat nak menikmati feel travel solo tu. Bila dah sampai Perth, nak tak nak kena jugak on trip! No matter what happen. Gituewwwww.... 

 

Aku berjaya naik bas dari airport dan jalan kaki beratus-ratus meter selepas banyak road tutup disebabkan ada marathon event time tu. Aku tak mau buat 'teruk' nanti mood travel ke laut dalam. So aku chill je sambil tengok orang berlari dan menikmati cuaca yang berangin. Kalau silap jalan, just asking people and jalan lagi sampai aku berjaya jumpa hostel aku. 

 

 Aku naik bas no  380 dari airport dan bus akan stop dekat station Elizabeth Quay. Nampak tak aku sorang-sorang ja dalam bas sambil melayan perasaan blur macam tak percaya aku dah menjejakkan kaki ke Perth, Australia.




 Sambil melilau-lilau cari hostel sorang-sorang, aku layankan perasaan tengok orang ramai nak memulakan larian.



Finally, aku berjaya sampai ke hostel aku, Kangaroo Inn. Depan pintu hostel terang-terang tulis closed sebab aku sampai awal pagi. Kalau nak dorang bukak pintu kena call. OMG! Seumur hidup aku tak pernah call sesiapa cakap fully in english. Ntah macam mana, disebabkan aku fikir aku sorang-sorang and aku nak check in cepat, terus aku call no yang tertera di depan pintu. #$%@#*(*()&ghjguftdopo<mtdr#$%%^ aku cakap English dengan mamat receptionist dengan penuh keyakinan. Ntah dia faham ke tak? Tak lama kemudian, taraaa ada mamat chinese bermata bulat bukak pintu.  First impression, wow! handsomenya kata hatiku walaupun mamat receptionist tu belum mandi. Aku mampu bercakap dengan hati je memadangkan travel solo kan. Kalau la ada travel partner, dah lama menjerit, 'wehhhhh handsomenya mamat tu!!!!!' Kah kah kah..... 

 

 

 

 

Mamat receptionist tu cakap aku tak boleh check in lagi. So, dia tanya nama aku sebab dia nak buatkan tag untuk backpack aku. Then aku cakap lah, Zalika. Sekali dia tulis dekat tag, Alica. So aku just tambah Z dekat depan. Maka jadilah Zalica. Still bunyik sama ja kan?

 

Terimalah nama omputih saya Zalica. Cantik bukan nama itu?Hahaha...








Ini lah dorm aku. Ada dua bunk bed. Tandas dekat luar. First night aku tidur sorang-sorang. Second and third night, aku ditemani oleh minah Jepun dekat bawah ni. Bila dah travel solo, boleh la kita kenal-kenal and make friend dengan traveller lain. Minah Jepun ni sebaya aku. Lepas balik dari Perth trip, dia ada contact aku through fb sebab dia plan nak travel ke Malaysia. Yang aku ingat, aku buat muka tak malu pinjam lotion dia disebabkan muka kering teruk. Buruknya perangai. Hahaha..




 

Atas ni female toilet dekat hostel aku. Aku suka tandas dekat sini. Bersih gila. Selesa ja. Memang recommended kalau yang tercari-cari dorm or bilik berdekatan town, boleh lah book Kangaroo Inn.









Bila travel solo, kita kena alert dengan dengan time especially bila naik apa-apa transport. Aku ingat lagi aku terlelap dalam train dari Fremantle station to Perth Underground station. Perjalanan makan masa 40 minit. On the way balik tu rasa mengantuk gila. Phewwww... nasib aku terjaga dari tidur. Kalau tak..........

 


 Pintu keluar Fremantle station



 

Aku bergambar di depan Fremantle station. Tragis kan bila travel solo? Gambar pun langsung tak menarik. Time ni pulak aku tak prepare langsung cara-cara nak snap solo photo. 

 

 



Gambar ni adalah laluan yang terpaksa aku tempuhi untuk ke Caversham Wildlife Park. Aku  naik bas sampailah ke pintu masuk Whiteman Park. No shuttle bus on weekday. Aku rasa almost 2 km jugak lah aku jalan kaki. Time nak pergi, jumpa dengan tiga pinoy. Tak la rasa takut dan sunyi. Time nak balik tu, memang aku sorang-sorang. Boleh rasa agak scary. Aku on surah-surah dekat phone untuk menenangkan aku. Time ni rasa berserah pada Allah SWT.




 Demi nak tengok kangaroo and koala, sanggup redah jalan sunyi.. Adoiii.... Sepanjang jalan tu boleh nampak kangaroo liar dok melompat-lompat.



 



Binatang atas ni namanya Quokka. The happiest animal on planet. Quokka ni banyak boleh dijumpai dekat Rottnest Island. Nak ke Rottnest Island, boleh naik feri dekat Fremantle atau naik dekat beberapa pilihan tempat lagi. Aku booked tiket ferry plus sewa basikal siap-siap through website. Kita boleh pilih time feri nak pergi dan balik. Depend berapa lama kita nak spend dekat Rottnest Island.







Cuaca panas tapi berangin. Aku enjoyed the most time pergi Rottnest Island. Walaupun nak minum air pun cover malu dengan foreigner (sebab bulan puasa) tapi penat yang berbaloi sangat! Cycling half Rottnest Island sambil enjoy breathtaking view. Perghhhhh..... If Im not mistaken, satu island jarak dia around 20km. So aku choosed to cover half je, 10km. Kalau anyone yang tak larat cycling, boleh pilih naik bus.








 


 Cantik kan? Time ni aku really enjoy my 'me time'.







 Enjoy sunset atas feri on the way back to Fremantale.






Sampai ja hostel, aku melantak nasi dekat Insan Cafe (malaysian food) selang beberapa buah dengan hostel aku. Sebab tu aku sangat suggest traveller stay dekat Kangaroo Inn. Perut anda pasti terjaga! Just get prepare duit. Menu kat atas ni berharga 11 dollar. Jangan convert nanti menangis air mata darah. Yang penting, makan sehari sekali ja. 

 

 


Blue Boat House. 

Seronok tak travel alone? Aku boleh travel alone BUT aku prefer lagi travel berdua.

 Nampak tak Blue Boat House kat atas tu? Boleh rasa kan dia sunyi ja atas laut walaupun dia nampak gah dan cantik di situ. 

Walaupun it was a nice experience dapat travel secara solo tapi its better if you have friend to talk with.  So, aku nak dedicate this entry to my travel partner, Yana, Rheitta, dan yang lain-lain. Thanks sebab jadi travel partner aku yang sangat baik walaupun ada gaduh-gaduh sikit.

 

Jom kita travel lagi nanti! 




 

1 comment:

  1. Woww bestnyaa,saya ikut jejak langkah sis nanti..part english so so tu macam sama dengan saya tapi pada masa sama nak explore..uji keberanian ahahaha..langgar je..sis bajet sana habis berapa ?Ada initerary tak

    ReplyDelete