Umrah Trip 2018: The Unforgettable Memories (Part 1)
Assalamualaikum.
Hi everything..................... hihihi...
Akibat terlalu bosan berada di rumah disebabkan oleh Covid-19, maka aku nak cerita sikit kisah aku menunaikan umrah pada 22/2 sehingga 5/3/2018. Dua tahun yang lepas ya guyssss.. Agak lama jugak lah tapi aku terasa jugak nak share apa yang terjadi sepanjang dekat sana dengan readers di luar sana.
Nak dijadikan cerita, abang aku ajak buat umrah. Aku memang on ja! Memang dah ada niat nak buat Umrah sementara masih muda dan sihat. Walaupun ilmu di dada sangatlah kurang, aku cuba sebaik yang mugkin. Alhamdulillah mak aku pun join sekali. Jadinya dia lah tempat aku merujuk. Nak baca apa ni mak? Lepas ni nak buat apa ni mak? Macam mana nak masuk Raudhah ni mak? Kiranya mak aku dah jadi kitab rujukan sepanjang dekat sana memandangkan dia dah beberapa kali menunaikan umrah. I love u mak! Hahaha
Aku ambil pakej umrah dengan Tiram Travel. Pakej harga seorang around RM6000. Memang puas hati sangat sebab hotel dekat dengan Masjidil Haram. Hotel dekat Madinah jauh sikit dari Masjid Nabawi. Kena menapak sikit tapi tak lah jauh mana pun. Masih ok. Yang penting makanan dekat hotel sedap! Hahaha.. Orang lain turun berat badan, aku pulak naik berat badan sepanjang dekat sana. Paling terbaik sekali, aku punya mutawif. Sampai mak aku yang dah beberapa kali buat umrah pun cakap, mutawif kami waktu tu paling terbaik pernah dia jumpa! Apa-apa pun alhamdulillah. Mudah-mudahan readers yang lain pun ada rezeki untuk ke sana.
Kami naik flight Airasia pada pukul 5.30 pagi. Waktu tu, ada team Andalusia jugak sekali dalam flight. Perjalanan memakan masa selama 9 jam 30 minit. Dalam flight mutawif akan briefing siap-siap berkenaan niat, pakaian, waktu solat dan sebagainya. Aku sampai di King Abdul Aziz International Airport pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan. Untuk warga emas yang berkerusi roda or yang kurang upaya, anda diberikan layanan istimewa. Fast lane. Setel urusan, kami menaiki bas dari Jeddah ke Madinah.
Perjalanan mengambil masa almost 5 hours dari Jeddah ke Madinah. Dekat Madinah kami stay dekat Hotel Concorde.
Ini lah antara punca kegemukan aku sepanjang dekat sana. Makanan sedap-sedap. Belum aku cerita bab nasi arab 10 riyal je wei. Sedap pulak tu. Dekat Malaysia nak makan nasi arab punya lah mahal! Ini saranan aku. Please.... jangan cerewet! Aku ada jugak lah dengar cerita bab orang memilih makan ni. Belum jejak tanah haram dah risau tak lalu makan itu ini. Sampai sana memang tak lalu makan betul. Sebab tu sepanjang dekat sana aku fikir positif ja walaupun aku ditimpa dugaan. Aku ingat nak story kisah dugaan yang aku alami dalam part 2 or Part 3. Kemain rajin pulak aku menaip time kuarantin ni! Hahaha..
BinDawood Store. Ni lah tempat
favourite aku kalau nak beli coklat, air dengan croissant 7 Days. Dekat
sana ada ada perisa strawberry&vanilla flavour. Dekat Malaysia nan
hado. Flavour ni paling terbaik pernah aku rasa dalam banyak-banyak
flavour. Coklat brand local terlalu banyak dekat sana. Sedap dan murah.
Malangnya aku tak snap pun coklat yang aku beli untuk bawak balik
Malaysia. Untuk yang nak bersedekah makanan tapi tiada budget yang
banyak, boleh beli coklat dekat sini dan bagi pada kanak-kanak di luar
masjid. Kalau pergi sana, boleh nampak kanak-kanak Pakistan dan
lain-lain banyak berkeliaran di luar masjid. Dorang ni banyak yang ke
sana melalui jalan darat. Kalau makan pun, siap masak sendiri lepas tu
berkelah luar perkarangan masjid satu family.
Sila lah try flavour ni kalau anda ke Bindawood. Kalau dekat Masjidil Haram, BinDawood ada dekat bawah Mcd. Senang ja nak cari. Kalau dekat Madinah, kena menanya sikit. Aku dah lupa kena keluar pintu gate berapa.
Suasana melepak sambil makan lepas selesai solat ni memang biasa. Aku rindu suasana dekat sana. Rasa kagum sangat bila dapat jumpa umat Islam seluruh pelosok dunia berkumpul di tempat yang sama. Kadang-kadang aku sengaja solat sebelah orang Pakistan. Kejap lagi sebelah orang Nigeria. Pernah jugak sekali tu sebelah orang Kyrgyzstan. Rindu beramah mesra dengan dorang. Ingat lagi wanita Pakistan tu cakap dengan aku. Katanya orang Malaysia ni bagus. Muda-muda dah ramai pergi buat umrah. Kemain dia puji rakyat Malaysia. Aku pun angguk-angguk ja dengar dia bercerita..
Gambar atas ni suasana dalam Masjid Nabawi. Mostly banyak orang habiskan masa dekat masjid. Susah nak tengok masjid dalam keadaan lengang. Kalau nak dapat tempat best, kena datang awal. Kalau masuk time dah dekat nak masuk waktu solat, memang sesak. Nak tak nak, kena solat dekat perkarangan luar masjid. Dekat sini lebih strict. Nak tangkap gambar dalam masjid pun kena hati-hati. Kalau kantoi, depa akan ambik phone dan suruh padam balik gambar. Waktu gap antara zohor dengan asar or asar dengan maghrib tak salah aku, akan ada sesi kelas mengaji etc dalam masjid Nabawi. Ramai la orang Arab berkumpul dalam masjid. Kita pun boleh ja join sekali. Ada sekali tu aku suruh Cikgu Arab tu betulkan bacaan aku. Memang banyak la salah! Hahaha... It's okay! Aku fikir nak belajar ja. Teringin nak rasa pengalaman baru kan. Bukan senang orang Arab sendiri dengar dan betulkan bacaan.
Suasana bila selesai solat di Masjid Nabawi. Pintu masuk untuk wanita dan lelaki diasingkan.
Aku nak bagi tips untuk first timer yang datang ke Masjid Nabawi. Nampak tak rak kasut di atas ni? Rak kasut ni berada di luar masjid. Untuk pengetahun korang, bila jejak masuk pintu masjid ada lagi rak kasut macam ni tepi pintu. Jadi, aku nk suggest jangan lah letak kat luar ni. Slipper pink bata aku dah hilang guys! Kalau terjatuh dekat bawah lantai, cleaner akan main sapu je. Sekelip mata hilang. Hahaha.... Jadi untuk elakkan dari hilang, sediakan plastik berwarna. Sampai je masjid, bukak slipper then masukkan dalam plastik. Lepas tu ikat elok-elok then simpan kalau boleh dekat ruangan rak kasut dalam masjid bahagian paling atas.
Gambar atas ni nilah pintu masuk Masjid Nabawi. Masuk ja pintu tu dah boleh nampak rak kasut. Simpan baik-baik dekat situ sambil berdoa sikit agar tak hilang. Kalau hilang, anggaplah ujian kecil. Redha.
Pintu 16. Pintu hari-hari aku keluar masuk sepanjang berada di Madinah. Kalau nak deal berjumpa dengan kaum lelaki lepas solat, bagi tau ja tunggu dekat pintu gate berapa. Dekat Masjid Nabawi ada banyak pintu. So nak elak terkeliru, tengok je nombor setiap pintu masuk tu.
Bila cuaca mula panas, payung luar masjid ni akan terbukak. Waktu aku ke sana, cuaca sejuk. Masih dalam musim sejuk dan berangin. Kalau tak salah aku, kalau nak rasa musim sejuk dekat sana, boleh datang waktu bulan 12 sehingga bulan 2. Memang seronok pergi sana time tu. Badan pun tak berpeluh sangat. Mak aku cakap, time bulan ramadhan cuaca memang panas betul. Mak aku pernah ke sana waktu ramadhan. Memang duduk masjid ja sepanjang masa dari Zohor sampai lah waktu berbuka. Lepas habis terawikh baru dia balik hotel.
Bila payung dah tutup.
Berpusu-pusu umat Islam keluar masjid selepas selesai menunaikan solat.
Next, antara kenangan yang tak boleh dilupakan dekat Masjid Nabawi bila aku jumpa budak kecik depan aku nama Maryam time nak tunggu solat maghrib or isyak. Kisah ni memang unpredictable gila! Nak dijadikan cerita, awal pagi tu aku baca al-Quran surah Maryam. By the way, aku memang bawak al-Quran sendiri dari Malaysia supaya senang sikit nak mengaji dan membaca terjemahan. Ntah macam mana bila baca terjemahan surah tu, aku rasa sebak. Boleh banyangkan keadaan Maryam time tu semasa mengandungkan Nabi Isa a.s. Aku siap boleh menitis air mata. Aku rasa macam bukan aku dah ni dok teriak tiba-tiba wei!!! This is not me at all. Lain macam sedih ni.
Sewaktu nak tunggu masuk solat, aku perasan dan perhati gelagat beberapa orang budak depan aku. Untuk makluman readers semua, dekat sana tiada sesiapa yang marah pun kalau budak-budak kecik menangis, menjerit or bermain dalam masjid. Adalah kebiasaan kalau time solat dengar baby menangis or budak menjerit. Aku ada la bertegur sapa dengan budak tu yang paling besar. Umur dalam 11-13 tahun kot. Adik-adik dia kecik-kecik lagi. Mata aku dok perhati adik dia yang sorang ni sebab dia suka perhati aku jugak. Hahaha.. Aku tanya nama dia apa? Sekali budak tu jawab, 'Maryam'. OMG!!! Boleh bayangkan tak seharian aku kat sana dibayangi oleh Maryam. Rasa sangat amazed kot! Sampai aku boleh tepuk mak aku yang tengah mengaji semata-mata nak bagi tau budak tu nama Maryam.
Yang kanan tu Maryam. Secomel orangnya. Sebelah kiri tu kakak dia. Slumber je aku suruh dia mengaji sebab aku nak dengar suara dia. Hahaha...
Selain kisah berjumpa budak dengan Maryam ni, aku dapat merasa sekali berpuasa sunat dekat sana. Walaupun puasa sunat hari Isnin, tetapi kemeriahan berbuka dalam masjid tu tetap ada. Rupanya ramai yang berpuasa jugak waktu tu. Masuk je waktu solat, dorang yang hulurkan dekat aku roti dan kurma. Alhamdulillah.
Seronoknya dekat sana tak dapat nak diungkapkan. Orang berlumba-lumba nak bersedekah. Kalau time membeli tiba-tiba ada Pak Arab yang bayarkan, tu adalah perkara biasa jugak.
Jadi sampai sini sahaja entri aku. Ada banyak lagi memori menarik yang aku akan ceritakan. Insyaallah.
**** Allah tidak memanggil yang mampu. Allah mampukan sesiapa saja yang Yakin, yang Mahu dan yang Rindu BAITULLAH.
No comments:
Post a Comment