Total Pageviews

Monday 18 November 2013

Keychain & Fridge Magnet

Jujurnya aku belum puas untuk menjelajah negara-negara lain. Insyaallah kalau ada rezeki bolehlah aku memasang angan-angan untuk melihat ciptaan Allah SWT yang terbentang luas lagi! Setakat ini aku dah pernah ke Indonesia (ketika kecil dulu), Thailand, China, Hong Kong dan Vietnam. Bak kata somebody dalam filem Sang Pemimpi, kalau nak bermimpi yang tinggi-tinggi, bermimpilah... tapi kena harus yakin dengan mimpi itu dan temui jalan yang terbaik untuk meraihnya. Maka, mari kita bermimpi dan memasang angan-angan mulai hari ini. Tak salahkan?Asalkan kita yakin dan sentiasa berusaha untuk mencapainya.

   Sebelum ini aku pernah mengatakan yang tujuan aku travel adalah untuk melihat negara orang. Apa yang aku lihat dan temui di negara luar, aku save dalam otak. Sebagai backup, aku tulis dalam blog dengan harapan aku tak lupa memori yang aku lalui sebelum ini. So kebanyakkan trip aku adalah trip yang tidak perlu mengeluarkan modal yang besar sebab aku tak meletakkan shopping sebagai perkara utama sekiranya ke mana-mana. Lagipun, eden bukan anok orang kayo! Jika ada lebihan duit sedikit, baru aku beli something yang unik untuk hadiahkan pada diri sendiri.

 

Kalau aku kaya...

   

 

 

   Okeh, memandangkan aku ni bukan sukarelawan, jelitawan mahupun jutawan yang mampu beli mini cooper sejibik semata-mata dapat 5A dalam UPSR, maka aku akan menghadiahkan diri sendiri dengan keychain atau fridge magnet kalau pergi mana-mana trip. Simple dan murah! Koleksi aku tidaklah banyak sebab aku baru berjinak-jinak dalam dunia mengumpul benda alah ni. Kadang-kadang ada juga insan-insan yang bermurah hati bagi dekat aku fridge magnet dan keychain bila mereka travel luar negara. Yang penting, aku simpan elok-elok dalam laci almari. Kalau adik aku kacau, memang aku cepuk dahi dia.. hahaha..

 





   

 

 

   See, memang tak banyak sangat koleksi aku berbanding traveller lain yang peti aisnya penuh dengan fridge magnet sampai terpaksa beli peti ais lain semata-mata nak lekatkan koleksi fridge magnet mereka. Macam hiperbola je.. macam tipu je.. hahahaha... Aku ada beberapa ekor gajah yang aku beli memandangkan aku sukakan haiwan itu. Kenapa gajah? Sebab aku dah bosan sebab ramai sangat yang suka kucing, kucing dan kucing... Maka kita cari haiwan yang comel dan unik! So, aku memilih gajah sebagai haiwan peliharaanku. Sesiapa yang ingin menderma gajah-gajah yang unik, boleh la email kepada aku dan aku akan kasi alamat nanti.. hahaha..

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

# p/s: Kalau anda jumpa keychain gajah-gajah yang unik dan menarik, boleh la sekali sekala buat amal jariah dengan menderma kepada aku.. kih..kih..kih.. tapi...........

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

 

-

 

 

 

 

 

 

kalau hadiahkan gajah pakai sampah sarap macam gambar di bawah, i tak nak la walaupun macam rare je gajah ni..hahaha...

 

No comments:

Post a Comment