Sewaktu peperiksaan Pendidikan Islam Tingkatan 4 kelas perdagangan berlangsung, aku akan berlegar-legar dalam kelas untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan lancar. Bila menjaga kelas yang hujung-hujung, macam-macam ragam boleh aku saksikan. Tapi aku akan sedaya upaya memastikan mereka berusaha menjawab soalan daripada membiarkan kertas kosong begitu sahaja.
Tok..tok..tok...
Aku mengetuk meja bagi mengejutkan pelajar yang sedang tidur.
Kadang-kadang aku akan membantu pelajar membetulkan ejaan.
Seorang pelajar mengangkat tangan lalu aku menghampirinya.
Cikgu, betul tak saya eja Alhamdulillah macam ni? Tanya pelajar itu kepadaku dengan perlahan.
Ketika lalu di tepi meja seorang pelajar, aku perhatikan dia cuba menjawab soalan berikut:
Berikan 4 contoh perbuatan khurafat?
Jawapan yang diberikan pelajar itu adalah 'menyimpan hantu'.
Lalu aku tidak semena-mena bertanya dengan perlahan kepada pelajar itu.
Aku: Simpan hantu di mana?
Pelajar: Dalam botol kicap... (muka yakin tanpa rasa bersalah)
Aku berlalu pergi sambil tersenyum-senyum. Hatiku berbisik, kuatnya la hai pengaruh filem Hantu Dalam Botol Kicap ke atas minda anak-anak kini.
Salah Siapa? David Teoh ke???
#Tepuk dada tanya selera
Salah saya ke nye pun adoiii??? |
No comments:
Post a Comment