Total Pageviews

Sunday, 29 December 2013

Selamat Datang 2014!!!



Minah: Apa azam ko tahun baru ni ek?

 

Kiah   : Aku berazam dan berdoa aku mendapat kerjaya yang aku impikan selama ini. Aku ada  

            beberapa sasaran tahun depan seperti nak melancong ke luar negara secara backpack,

            beli kereta, dan berbakti pada keluarga tercinta. Aku juga mahu berubah! 

 

Minah: Tak payah nak azam tinggi sangat wei.. Semua benda yang ko nak pakai banyak duit   

             kot!Kalau tak tercapai nanti kecewa pulak. Lagipun,  azam tahun lepas ko belum 

             tercapai lagi kan? Ikut je macam aku. Tak pernah pun nak berazam apa-apa. Tak la rasa 

             kecewa nanti kalau tak dapat apa yang dihajati.

 

Kiah   : Choiiii mulut ko minah!!!!! (cakap dalam hati)

 

*Dialog adalah rekaan semata-mata

 

 

 

Pernah anda mengalami situasi sebegini? 

 

 

Jujurnya aku suka je tengok setiap orang mempunyai azam pada setiap tahu. Kenapa? Bagi aku, individu yang mempunyai azam atau sasaran yang ingin dicapai mempunyai perjalanan hidup yang lebih teratur dan terancang. Seseorang itu akan lebih berusaha bagi mendapatkan apa yang dihajatinya. Halangan dan cabaran untuk mendapatkan apa yang dihajati tetap ada tapi jika seseorang individu bijak membuat perancangan yang baik, insyaallah segala yang dihajati mungkin ada tercapai jua.

 

Malangnya, ada juga manusia yang jenis suka memperlekehkan azam dan niat orang lain. Ada situasi seorang hamba Allah mahu berubah. Dulunya dia tidak lah terlalu kuat ugama tapi mahu berubah secara perlahan-lahan dengan mengubah cara pemakaian ke arah yang lebih sopan dulu dan seterusnya. Akan tetapi niatnya tetap dipandang serong. Diungkit insan berkenaan bukanlah baik sangat pun, solat pun tak tentu hala tapi ada hati nak berpenampilan ala-ala seorang muslimah. Dikatanya insan itu hipokrit. *Dia Tuhan ke nak nilai orang sebegitu??? Setuju dengan kata-kata yang mengatakan bahawa perubahan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi. Insyaallah Allah tahu niat hambaNya..

 

Tak lupa, ada yang spesis suka berazam macam-macam tapi tak nampak langsung usaha yang dilakukannya. hmmmm... Bagi aku tidak salah untuk berazam sesuatu asalkan kita bertekad dan berusaha untuk mendapatkannya. 

 

 

Akhir kata, moga tahun 2014 membawa sinar kebahagiaan buat semua umat Islam di dunia.

 

 

 

 

 

 

#2014 dah datang. Ini bermakna aku dah berumur 2*. errkkkkkkkk.......... 

*** Dah prepare jawapan kalau ada yang bertanya kenapa aku belum berkahwin.

Wednesday, 11 December 2013

Segebu Pelakon Korea

Aku percaya semua orang akan melalui fasa-fasa perubahan daripada segi fizikal mahupun mental seiring dengan peningkatan usia. Aku juga tidak terkecuali.. Dah la badan semakin menggemuk bahkan kedutan di bawah mata semakin menunjukkan taringnya. Cisss... Kalau ada yang budget aku ni berumur awal 20an maka tidak semena-mena hatiku akan rasa berbunga-bunga.. Yuhuuuu!!!!!

 

   Bagi memastikan aku kelihatan awet muda, aku akan mengurangkan gula dalam minuman dan meningkatkan manis dalam senyuman selari dengan kempen kerajaan selepas kenaikan harga gula sebanyak 34sen per kg. Berkesan ke???

 

   Sebenarnya tujuan menulis entri ini kerana kekaguman aku terhadap kulit-kulit pelakon Korea. Perhhhhh!!!!! Gebu dan sentiasa glowing je. Pas tu awet muda pulak! Yang paling aku geram kan, pelakon yang dah berumur 30an tak nampak macam 30an pun. Apa rahsianya? Selain plastic surgery, pelakon mahupun penyanyi korea memang menjaga habis kecantikan dalaman dan luaran. Bukan je wanita, lelaki pun turut sama menjaga kecantikan mereka tahap melampau! Sebagai contohnya, Kim Hyung Joong siap jadi duta The Face Shop okeh. Kalau anda beli mask brand dari Korea dekat Watson pun boleh perasan duta produk merupakan seorang LELAKI.. Kira level kecantikan kulit lelaki Korea ni boleh compete dengan kulit wanita-wanita yang lain. Rasa tergugat je diri aku sebagai seorang wanita.

 

 

 

 

 

 

   Aku yakin ramai je suka melayan drama-drama Korea. Aku bukan la kategori peminat kipas mati drama Korea ni. Buktinya, tahun ni aku tengok 2 buah drama Korea je. Semakin meningkat usia ni, aku malas nak follow banyak-banyak episod. Yang pasti, aku akan skip part-part yang tak best. Layan part yang ada hero dan heroin je. Drama pertama yang aku tengok tahun ni adalah That Winter The Wind Blow. Aku terasa nak tengok pun sebab drama ni diadaptasi daripada drama Jepun dan filem Korea Love Me Not. Disebabkan aku pernah tengok filem Love Me Not, maka aku tertarik nak tengok drama hasil gabungan Jo In Sung dan Song Hye Kyo ni. Yang penting, Song Hye Kyo nyata jelita dan gebu walaupun dah berumur 30an. Tu je point yang aku nak sampaikan sebenarnya.. Betapa cantiknya kulit mereka walaupun semakin meningkat usia.

 

 

Gebu!!!

   

 

 

 

   Nak dijadikan cerita, aku boleh terlayan drama Secret atau dikenali sebagai Secret Love. Padahal aku tak kenal langsung dengan pelakon-pelakon drama berkenaan. Disebabkan jatuh cinta pandang pertama (bluekkksss) dengan pelakon lelaki utama dia, maka aku terus menonton drama berkenaan di gooddrama. Aku khatam sebanyak dua kali dalam tempoh 2 minggu. Hebat bukan?hahahaha.. Tapi kali pertama aku tonton, banyak jugak part yang aku skip. Sebab tu aku tonton buat kali kedua. Drama ni memang best dan pelakon menunjukkan hasil lakonan yang mengagumkan. Sebenarnya point yang aku nak sampaikan adalah aku suka tengok muka hero drama ni iaitu Ji Sung. Perhhhhhhh kulit dan muka dia memang tak macam orang yang berumur 36 langsung. Ditambah dengan personaliti dia yang ceria tu kan, menampakkan lagi dia muda dari usia sebenar. Arghhhhhh jelesssss!!!!!!  Tahap jeles aku sampai rasa nak sepak-sepak je muka hero tu sebab awet muda sangat okeh.. Serius terasa sangat tergugat tapi bukan bermakna aku sanggup buat plastic surgery atau cucuk vitamin mahupun botox bagi mencantikkan wajah aku. Bersyukur je apa yang ada walaupun terasa geram tengok kulit artis-artis Korea nih! Terpaksa la aku tempek tepung sekilo untuk kelihatan gebu sentiasa. Hahahaha..

 

 

 

Kepada encik yang sebelah kiri tu: Ko pehal muka awets muda sangat ni??? bikin panass btol!huh! (kejelesan peringkat maksimum)
Udah-udah le.. Umo dah 36 ooiii!!!



   

 

 

 

 

   Walaupun fizikal aku tak secantik artis Korea tapi semuanya ori okeh! Semulajadi gitewwwww.. Kang kalau ubah-ubah jadi isu pula bila part lahir anak tiba-tiba muka anak hodoh. Tak pasal-pasal masuk court kena saman dengan suami sendiri. Akhir kata, say no to plastic surgery and botox!hahahaha.. Jangan lupa tonton drama Secret di gooddrama. Totally awesome!!!



























#Bila aku nak menjejak kaki ke Korea Selatan ni? Aigoo...

 

 

 

Thursday, 5 December 2013

Travel Partner Part 1






Assalamualaikum..

 

Bagi menutup penghujung tahun 2013, tiba-tiba terasa mahu berbicara mengenai topik 'travel partner'. Sebenarnya aku tak punya cerita yang mahu dikongsikan. Trip ke Vietnam adalah cerita terakhir pengalaman pengembaraan secara backpack pada tahun ini. Duit dah yiillekkk.. Al-maklumlah aku ni penganggur sepenuh masa. Mudah-mudahan aku dapat kerja di sekolah tahun depan. Maka, boleh la aku pergi travel lagi.. Dalam kepala otak dah target beberapa tempat yang hendak ditujui pada tahun 2014. Orang bujang la katakan.. Pheewwwww..

 

   Jom kita start berbicara mengenai travel partner. Aku yakin untuk memilih travel partner yang sehati dan sejiwa amat sukar. Sebelum ini, aku ada pernah membaca tulisan seseorang di blog yang mengatakan dia mengalami kesukaran untuk memilih travel partner yang baik. Katanya, dia tidak suka travel dalam group yang terlalu ramai kerana terlalu banyak kerenah. Yelah, setiap orang kan punya kerenah yang berlainan. Jujurnya, aku bersetuju dengan pendapatnya sekiranya anda ingin travel secara backpack. Jika anda banyak kerenah dan mahukan trip yang selesa, aku syorkan baik korang booking trip pakai travel agency je. Dah nama pun backpack kan, confirm-confirm semua benda kena buat sendiri dan adalah kebiasaan kalau tiba-tiba terjadi peristiwa seperti tertinggal train macam kes aku di Shenzhen dulu. Dah gaya Usain Bolt aku lari sampai berpeluh-peluh satu badan. So bagi sesiapa yang tak sanggup nak merasa bau busuk akibat peluh, anda disyorkan guna khidmat travel agency je. Mudah, cepat, selesa dan dapat makan yang sedap-sedap tapi memerlukan sedikit perlaburan daripada segi ongkosnya.

 

  

   Bagi backpackers, keadaan busuk peluh tu dah lali kot.. Kalau tak peluh tak beshh lah! beshhhh la sangat kannnn. hahaha.. Selalunya backpackers akan bawak baju sikit je pas tu sumbat dalam backpack masing-masing. Sebab tu masing-masing busuk kot! Pakai baju yang sama je macam aku buat.. Kah kah kah.. Tapi selalunya aku backup dengan beli t-shirt murah-murah. Nak jimat ruang dan berat luggage la katakan.. Ruang beg juga akan dipenuhi dengan makanan-makanan bagi menjimatkan perbelanjaan semasa trip. Selain tu, backpack memang perlu mempunyai ketahanan fizikal yang baik. Nak jalan merata-rata kan. Kalau tak, mesti cepat pancit! Aku tau sebab aku mengalami situasi yang sama waktu ke China&HK. Sakit kaki habaq hang.. hahaha.. Memang tak boleh lupa peristiwa sakit kaki yang teramat dulu. Untuk trip yang mendatang, kalau boleh kena aktifkan badan anda dulu sebelum terbang. Pemilihan kasut yang sesuai adalah perlu! Walau cantik dan stylo kasut anda tapi tak selesa maka anda perlu lupakan sajalah hasrat nak bergaya ala-ala model American Next Top Model tu.. 

 

 

sangat tidak sesuai okeh!
 

 

Anda sama juga sekali tidak sesuai travel secara backpack sekiranya tidak bersedia untuk menggunakan khidmat kaki sendiri dengan kerap. Faham-faham jela ek... Tak lupa, jika anda tidak bersedia untuk merasa pengalaman sakit-sakit seluruh badan serta tidak sanggup bersusah payah untuk ke hulu ke hilir untuk bertanya tentang tempat yang ingin ditujui bermakna anda belum bersedia untuk travel secara backpack!

 

 

 

 

 

 

 

   'Rakan baik anda boleh menjadi backpack travel partner yang baik'. Aku akui kita akan berasa sangat enjoy kalau dapat join trip dengan rakan baik sendiri. Best kot tapi kita kena kenal pasti jenis trip yang akan kita sertai. Kalau trip secara backpack, aku syorkan korang fikir banyak kali dan buat sesi temuduga. hehehe.. Nampak macam tak rasional tapi ada kebenarannya. Aku yakin, kebanyakkan orang suka melancong tapi adakah rakan baik anda seorang yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal jika travel secara backpack? Kalau rakan baik anda seorang yang manja-manja gitewwwww, mudah putus asa kalau berhadapan dengan masalah, tidak mempunyai keberanian, sukar memberi kerjasama atau dengan kata lainnya tidak sehati dan sejiwa akan konsep backpack, better cari orang lain jelah... :)

 

    Aku sebenarnya suka travel berdua je compare by group. Sama dengan si polan yang aku ceritakan tadi tu. Kalau beramai-ramai banyak kerenah pulak nanti. Kalau 'sehati sejiwa', insyaallah aku ok je.. Kalau tak sehati sejiwa? krik.. krik.. krik.. Masalah-masalah yang timbul ni mungkin menjadi penyebab wujudnya istilah solo traveller. Pernah terlintas nak travel secara solo ke negara sekian-sekian tapi mak aku bising-bising tak kasi pergi. Hmmm... maka, terpaksa la aku melupakan hasrat yang terpendam dan meneruskan misi mencari travel partner yang ngam. So, sesiapa yang nak jadi travel partner I yang sempoi dan awesome, boleh la email resume u all kat I ye.. hehehehe...

 

 

 

 

 

 

 

 

Happy New Year

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Wish the dreams come true! :)

Monday, 2 December 2013

K.U.R.U.S

Aku mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sejak tahun lepas selepas aku berhenti kerja bagi melanjutkan pelajaran di universiti. Cuti semester pula agak panjang. Maka peluang untuk menjana kegemukkan semakin cerah disebabkan mak menyediakan makanan yang lazat-lazat di rumah. 

 

 

Suatu ketika, aku menyedari lemak-lemak semakin menyukai badanku sehinggakan mereka tidak mahu melepaskan badanku dari genggaman mereka. Tidak ada cara lain bagi meleraikan lemak-lemak ini dari badan selain dengan bersenam.

 

 

Pi la jogging kata seseorang..

 

Hmmm.. malas la pulak nak lari. Lagipun tak dak geng nak lari sama-sama. Aku cuba memberi alasan tak masuk akal atau dengan kata lainnya alasan lapuk dek hujan!hahaha..

 

 

Tiba-tiba aku ternampak dumbells milik abangku.. Dumbells ni boleh di adjust dan kita boleh pilih berat yang kita mahukan.

 

 

 

 

 

 

 

Boleh kot senam pakai dumbells ni.. Mana tau lemak-lemak lengan ni boleh lerai kemudian jadi kurus sikit bisik hatiku.

 

Aku pun memulakan sesi senaman dengan mengangkat dumbells sambil mengira-ngira one, two, three bla..bla..bla... 

 

 

 

 

Tiba-tiba adik lelakiku muncul dari jauh lalu berkata sambil gelak-gelak, 'ingat boleh kurus ke kalau hari-hari angkat dumbells?'

 

 

 

 

 

Erkkkkkk..............................KOJAQQQQQQ!!!!