Total Pageviews

Wednesday, 11 December 2013

Segebu Pelakon Korea

Aku percaya semua orang akan melalui fasa-fasa perubahan daripada segi fizikal mahupun mental seiring dengan peningkatan usia. Aku juga tidak terkecuali.. Dah la badan semakin menggemuk bahkan kedutan di bawah mata semakin menunjukkan taringnya. Cisss... Kalau ada yang budget aku ni berumur awal 20an maka tidak semena-mena hatiku akan rasa berbunga-bunga.. Yuhuuuu!!!!!

 

   Bagi memastikan aku kelihatan awet muda, aku akan mengurangkan gula dalam minuman dan meningkatkan manis dalam senyuman selari dengan kempen kerajaan selepas kenaikan harga gula sebanyak 34sen per kg. Berkesan ke???

 

   Sebenarnya tujuan menulis entri ini kerana kekaguman aku terhadap kulit-kulit pelakon Korea. Perhhhhh!!!!! Gebu dan sentiasa glowing je. Pas tu awet muda pulak! Yang paling aku geram kan, pelakon yang dah berumur 30an tak nampak macam 30an pun. Apa rahsianya? Selain plastic surgery, pelakon mahupun penyanyi korea memang menjaga habis kecantikan dalaman dan luaran. Bukan je wanita, lelaki pun turut sama menjaga kecantikan mereka tahap melampau! Sebagai contohnya, Kim Hyung Joong siap jadi duta The Face Shop okeh. Kalau anda beli mask brand dari Korea dekat Watson pun boleh perasan duta produk merupakan seorang LELAKI.. Kira level kecantikan kulit lelaki Korea ni boleh compete dengan kulit wanita-wanita yang lain. Rasa tergugat je diri aku sebagai seorang wanita.

 

 

 

 

 

 

   Aku yakin ramai je suka melayan drama-drama Korea. Aku bukan la kategori peminat kipas mati drama Korea ni. Buktinya, tahun ni aku tengok 2 buah drama Korea je. Semakin meningkat usia ni, aku malas nak follow banyak-banyak episod. Yang pasti, aku akan skip part-part yang tak best. Layan part yang ada hero dan heroin je. Drama pertama yang aku tengok tahun ni adalah That Winter The Wind Blow. Aku terasa nak tengok pun sebab drama ni diadaptasi daripada drama Jepun dan filem Korea Love Me Not. Disebabkan aku pernah tengok filem Love Me Not, maka aku tertarik nak tengok drama hasil gabungan Jo In Sung dan Song Hye Kyo ni. Yang penting, Song Hye Kyo nyata jelita dan gebu walaupun dah berumur 30an. Tu je point yang aku nak sampaikan sebenarnya.. Betapa cantiknya kulit mereka walaupun semakin meningkat usia.

 

 

Gebu!!!

   

 

 

 

   Nak dijadikan cerita, aku boleh terlayan drama Secret atau dikenali sebagai Secret Love. Padahal aku tak kenal langsung dengan pelakon-pelakon drama berkenaan. Disebabkan jatuh cinta pandang pertama (bluekkksss) dengan pelakon lelaki utama dia, maka aku terus menonton drama berkenaan di gooddrama. Aku khatam sebanyak dua kali dalam tempoh 2 minggu. Hebat bukan?hahahaha.. Tapi kali pertama aku tonton, banyak jugak part yang aku skip. Sebab tu aku tonton buat kali kedua. Drama ni memang best dan pelakon menunjukkan hasil lakonan yang mengagumkan. Sebenarnya point yang aku nak sampaikan adalah aku suka tengok muka hero drama ni iaitu Ji Sung. Perhhhhhhh kulit dan muka dia memang tak macam orang yang berumur 36 langsung. Ditambah dengan personaliti dia yang ceria tu kan, menampakkan lagi dia muda dari usia sebenar. Arghhhhhh jelesssss!!!!!!  Tahap jeles aku sampai rasa nak sepak-sepak je muka hero tu sebab awet muda sangat okeh.. Serius terasa sangat tergugat tapi bukan bermakna aku sanggup buat plastic surgery atau cucuk vitamin mahupun botox bagi mencantikkan wajah aku. Bersyukur je apa yang ada walaupun terasa geram tengok kulit artis-artis Korea nih! Terpaksa la aku tempek tepung sekilo untuk kelihatan gebu sentiasa. Hahahaha..

 

 

 

Kepada encik yang sebelah kiri tu: Ko pehal muka awets muda sangat ni??? bikin panass btol!huh! (kejelesan peringkat maksimum)
Udah-udah le.. Umo dah 36 ooiii!!!



   

 

 

 

 

   Walaupun fizikal aku tak secantik artis Korea tapi semuanya ori okeh! Semulajadi gitewwwww.. Kang kalau ubah-ubah jadi isu pula bila part lahir anak tiba-tiba muka anak hodoh. Tak pasal-pasal masuk court kena saman dengan suami sendiri. Akhir kata, say no to plastic surgery and botox!hahahaha.. Jangan lupa tonton drama Secret di gooddrama. Totally awesome!!!



























#Bila aku nak menjejak kaki ke Korea Selatan ni? Aigoo...

 

 

 

No comments:

Post a Comment