Total Pageviews

Sunday, 29 December 2013

Selamat Datang 2014!!!



Minah: Apa azam ko tahun baru ni ek?

 

Kiah   : Aku berazam dan berdoa aku mendapat kerjaya yang aku impikan selama ini. Aku ada  

            beberapa sasaran tahun depan seperti nak melancong ke luar negara secara backpack,

            beli kereta, dan berbakti pada keluarga tercinta. Aku juga mahu berubah! 

 

Minah: Tak payah nak azam tinggi sangat wei.. Semua benda yang ko nak pakai banyak duit   

             kot!Kalau tak tercapai nanti kecewa pulak. Lagipun,  azam tahun lepas ko belum 

             tercapai lagi kan? Ikut je macam aku. Tak pernah pun nak berazam apa-apa. Tak la rasa 

             kecewa nanti kalau tak dapat apa yang dihajati.

 

Kiah   : Choiiii mulut ko minah!!!!! (cakap dalam hati)

 

*Dialog adalah rekaan semata-mata

 

 

 

Pernah anda mengalami situasi sebegini? 

 

 

Jujurnya aku suka je tengok setiap orang mempunyai azam pada setiap tahu. Kenapa? Bagi aku, individu yang mempunyai azam atau sasaran yang ingin dicapai mempunyai perjalanan hidup yang lebih teratur dan terancang. Seseorang itu akan lebih berusaha bagi mendapatkan apa yang dihajatinya. Halangan dan cabaran untuk mendapatkan apa yang dihajati tetap ada tapi jika seseorang individu bijak membuat perancangan yang baik, insyaallah segala yang dihajati mungkin ada tercapai jua.

 

Malangnya, ada juga manusia yang jenis suka memperlekehkan azam dan niat orang lain. Ada situasi seorang hamba Allah mahu berubah. Dulunya dia tidak lah terlalu kuat ugama tapi mahu berubah secara perlahan-lahan dengan mengubah cara pemakaian ke arah yang lebih sopan dulu dan seterusnya. Akan tetapi niatnya tetap dipandang serong. Diungkit insan berkenaan bukanlah baik sangat pun, solat pun tak tentu hala tapi ada hati nak berpenampilan ala-ala seorang muslimah. Dikatanya insan itu hipokrit. *Dia Tuhan ke nak nilai orang sebegitu??? Setuju dengan kata-kata yang mengatakan bahawa perubahan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi. Insyaallah Allah tahu niat hambaNya..

 

Tak lupa, ada yang spesis suka berazam macam-macam tapi tak nampak langsung usaha yang dilakukannya. hmmmm... Bagi aku tidak salah untuk berazam sesuatu asalkan kita bertekad dan berusaha untuk mendapatkannya. 

 

 

Akhir kata, moga tahun 2014 membawa sinar kebahagiaan buat semua umat Islam di dunia.

 

 

 

 

 

 

#2014 dah datang. Ini bermakna aku dah berumur 2*. errkkkkkkkk.......... 

*** Dah prepare jawapan kalau ada yang bertanya kenapa aku belum berkahwin.

No comments:

Post a Comment