K.U.R.U.S
Aku mengalami kenaikan berat badan yang mendadak sejak tahun lepas selepas aku berhenti kerja bagi melanjutkan pelajaran di universiti. Cuti semester pula agak panjang. Maka peluang untuk menjana kegemukkan semakin cerah disebabkan mak menyediakan makanan yang lazat-lazat di rumah.
Suatu ketika, aku menyedari lemak-lemak semakin menyukai badanku sehinggakan mereka tidak mahu melepaskan badanku dari genggaman mereka. Tidak ada cara lain bagi meleraikan lemak-lemak ini dari badan selain dengan bersenam.
Pi la jogging kata seseorang..
Hmmm.. malas la pulak nak lari. Lagipun tak dak geng nak lari sama-sama. Aku cuba memberi alasan tak masuk akal atau dengan kata lainnya alasan lapuk dek hujan!hahaha..
Tiba-tiba aku ternampak dumbells milik abangku.. Dumbells ni boleh di adjust dan kita boleh pilih berat yang kita mahukan.
Boleh kot senam pakai dumbells ni.. Mana tau lemak-lemak lengan ni boleh lerai kemudian jadi kurus sikit bisik hatiku.
Aku pun memulakan sesi senaman dengan mengangkat dumbells sambil mengira-ngira one, two, three bla..bla..bla...
Tiba-tiba adik lelakiku muncul dari jauh lalu berkata sambil gelak-gelak, 'ingat boleh kurus ke kalau hari-hari angkat dumbells?'
Erkkkkkk..............................KOJAQQQQQQ!!!!
No comments:
Post a Comment