Total Pageviews

Wednesday 9 April 2014

Tampi-tampi, Semporna

Assalamualaikum.. 

 

Aku rasa semenjak dua menjak ni, hari-hari yang berlalu sangat memenatkan uolls.. Phewwwwww... Kalut-kalut aku curi masa nak menaip.



Hujung minggu baru-baru ni aku dan housemate pergi makan di Tampi-tampi. Tampi-tampi antara tempat di Semporna yang terkenal dengan view yang cantik. Kata kawan aku, selalunya hujung minggu mesti penuh dengan pelanggan yang datang makan sambil menikmati pemandangan yang indah dan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Hari yang kami pergi tu, memang tak ramai pulak orang. Mungkin sebab mereka dah naikkan harga masuk. Sebab tu dah tak ramai orang kot! Kalau dulu harga sekepala sekali masuk RM2. So, kalau  harga makanan RM10, kita just perlu bayar baki RM8 je lagi.

 

Masa hari kejadian pulak, rumah aku memang terasa bahang kepanasan luar biasa. Aku rasa susah kot nak rasa sejuk pada waktu siang di Semporna ni. Rasa macam bersauna bha. Tak senang duduk! Tindakan untuk ke Tampi-tampi memang sangat rasional dan bijak!hahaha.. Harga sekali masuk untuk sekepala adalah RM10. Memang sangat mahal pada aku. Patut la pun dah tak ramai orang yang datang. 

 

 



 

 

Nasib aku terasa nak bawa kamera. Nak harapkan kamera fon aku memang lupakan jela.. Handphone aku sangatlah klasik dan tidak sesuai untuk tujuan bergambar-gambar ni. Mengesiankan kan?hahaha..

 

Bila dah sampai Tampi-tampi, terus aku terkesima. View sangatlah cantik! Terus jadi sawan berebut-rebut nak berposing ambil gambar. Di sana juga terdapat chalet bagi sesiapa yang mahu menginap. Harga memang aku tak tahu. Tak berminat nak tanya sebab diri sendiri dah jadi warganegara Semporna. hew hew hew..

 

 






 

Lokasi ni dikenali sebagai Semporna Holiday Resort. Kat hujung jambatan ni la tempat kami makan sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa itu. Balas dendam sebab kat rumah panas gila. Kat sini juga boleh mandi sekiranya anda mahu. Tempat menukar baju juga disediakan. Boleh la anda buat aksi terjunan yang anda mahukan. Kedalaman air aku tak pasti. Tapi disediakan life jacket dan tali yang diikat di hujung tiang supaya mudah untuk dicapai bagi sesiapa yang fail berenang. Hek eleh, aku cakap macam terror je berenang kan? Padahal tak pun. Aku boleh berenang katak je.. Boleh la daripada tak boleh kan? Tak macam kawan aku Cik Y tu. Keje telan air je kalau berenang. Sorry Cik Y.. Mesti dia gelak sorang-sorang sekarang  kalau baca statement aku ni.hahahaha..

 

Anda boleh la mandi di sini jika mahu




Kami makan set Combo Meal ni je. Order je mana-mana set yang anda suka, harganya tetap RM18. Kemudian time nak bayar, kena tunjuk kupon RM10 yang kita dah bayar masa nak masuk tadi. So, baki yang perlu dibayar adalah RM8. Korang rasa mahal ke tak? Rasa makanan dia so-so je tapi rasa air dia sedap!






Jangan tiru aksi ini!










Nampak tak kat bawah ni ada beberapa ekor lobster? First time aku tengok lobster hidup-hidup. Agak jakun di situ.. Slumber je aku tarik bakul tu naik atas beberapa kali sebab nak tengok lobster tu dari jarak yang dekat. Kalau mati lobster tu, jenuh aku kena ganti duit!

 







Kakak, nak 20 sen???











Masa nak balik rumah, lalu depan rumah Pak Cik Raspand. Nampak tak layar warna merah tu? Kalau tak salah aku, mereka panggil benda tu layar kot! Kalau ada berlaku kematian, layar putih akan dipasang di depan rumah. Kalau ada kenduri perkahwinan, layar warna merah akan dipasang. Harap betul la info aku ni. Nanti nak kaji selidik semula.




#Perasaan Berbelah-bagi

2 comments:

  1. Assalammualaikum..

    itu bukan layar kami panggil. kami panggil 'sambulayang'.. biasa kalau festival regatta lepa banyak sambulayang akan dipasang di sekitar pekan semporna. pertandingan lepa berhias dengan sambulayang pun wajib. biasanya kami pasang sambulayang bila ada majlis perkahwinan saja. tak wajib sebenarnya, tapi hanya sebagai tanda untuk rumah pengantin saja. ada orang kahwin pun kadang-kadang tak pasang juga. untuk majlis lain seperti hari jadi, pertunangan dan sebagainya kami tak pasang.

    selain itu, ketika kematian kami tak pasang layar putih. sama macam bangsa lain juga, cukup hanya keluarga datang berkumpul dan mengadakan tahlil mengikut cara islam. cuma sekarang, macam ada trend orang pasang bendera putih di hadapan rumah orang meninggal. mungkin hanya sekadar petanda bahawa di rumah tersebut ada kematian dan memudahkan orang, kenalan dan keluarga jauh tahu kedudukan rumah.

    update tampi-tampi sekarang pula semakin menarik. tempat yang cik pergi ni sudah diambil alih oleh Scuba Tigers resort dan dijadikan kawasan perlancongan. namun restoran atas air tu masih kekal, pengunjung pun semakin ramai. sekarang pun ada satu lagi restoran berhampiran di atas air kg. tampi-tampi iaitu restoran warisan. konsep kedua-dua restoran ni sama saja dan orang ramai boleh datang makan atau mandi.

    harap info saya ini dapat membantu para pembaca. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. thanks for the info.. actually saya di semporna sudah tiga tahun dan entri ini dibuat semasa baru tiba di semporna. sebab tu info kurang tetap dan tidak lengkap. hehehehe.. BTW banyak juga yang saya tahu memandangkan rakan-rakan juga majori berbangsa bajau dan merupakan penduduk tetap semporna.

      Delete