Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Esok dah start keje daaa... Dont worry cause school holiday is coming soon..
Ohhh emm geeeee!!!!!!! :)
Cuti selama tiga hari ni diisi dengan buat soalan exam dan mandi-manda di Tampi-Tampi. Masihkah anda ingat akan Tampi-Tampi yang pernah aku cerita suatu ketika dulu? Sila flash back ye.. Aku dah pernah 2 kali ke Tampi-Tampi sebelum ni tapi hanya untuk makan-makan dan sightseeing sajo. Di Tampi-Tampi juga popular dengan tempat untuk bermandi-manda. Dulu aku makan sambil jeling-jeling tengok orang mandi. Geram rasa nak swimming. Last aku swimming tahun lepas gamaknya.
Nak dijadikan cerita aku ni kebosanan duduk rumah. Aku pun ajak Cik R naik Bukit Tengkorak. Dengar kata view atas puncak Bukit Tengkorak tu cantik. Aku pun dengan semangat wajanya roger rakan sekerja(lelaki) ajak teman kami ke sana. Kalau ada lelaki rasa selamat la sikit. Last-last dia reject dengan alasan dorang plan nak memancing dan mandi dekat Tampi-Tampi. Dengar je dorang nak mandi dekat Tampi-Tampi, terus aku on! Cancel plan naik Bukit Tengkorak.
Perjalanan nak ke Tampi-Tampi makan masa 10-15 minit dari rumah aku. Bukit Tengkorak dengan Tampi-Tampi berdekatan je. Sebelum tiba ke Tampi-Tampi, aku singgah kejap dekat Bukit Tengkorak kunun-kunun nak usha rupa tempat itu macam mana gamaknya. Ini diaaaaa.....
Kalau ikot rasa hati memang nak je naik terus tapi memandangkan seorang kawan aku pregnant, hasrat terpaksa di bawa ke hari mendatang. Bukit Tengkorak, mu tunggu aku datanggggg!!!!!
Sampai je Tampi-Tampi, keterujaan semakin menerjah sanubariku. Geram aku tengok air lautttttt yang crystal clear itu.. Nak mandiiiiiii..... Tak kira, tak kira.. Lalu, gedebuuukkk. Ada makhluk jatuh tangga okeh! Siapa yang jatuh tangga? Aku la.. Siot betul! Jatuh pulak depan kawan-kawan aku. Maka, histerialah suasana.. Kah Kah Kah.. Tapi aku kan sporting. Lepas jatuh terus bangun sambil gelak-gelak bagi menambah suasana histeria yang melanda. Kawan-kawan aku kalau baca entri aku ni, confirm boleh gelak sorang-sorang bila teringat scene aku jatuh. Cehhhhh...
Pernah tengok filem Duyung? Dekat sini la Maya Karin shoot part berenang-renang tu. Nak masuk mandi kat sini kena bayar ye. Bayaran sebanyak RM2 dikenakan untuk setiap orang. Untuk kanak-kanak atau sesiapa yang tak tahu berenang, boleh la mandi di kawasan yang airnya tidak seberapa nak dalam. Life jacket juga disediakan bagi sesiapa yang nak belajar berenang. Di bawah ni aku sertakan gambar kawasan di mana air tak seberapa nak dalam. Tapi ada budak tu boleh lemas walaupun air tak dalam. Erkkkkkkk.... hahahaha....
|
Tolong! Tolong! |
Bagi sesiapa yang ada bau-bau bacang dengan ikan, sotong, penyu mahupun kuda laut, boleh la berenang di area yang dalam sikit. Kedalaman air aku rasa lebih 2 meter okeh! Disebabkan aku ada bau-bau bacang dengan dugong, maka aku menyahut cabaran untuk berenang di kawasan ini. Perhhhhhhhh... Best bangat! Tercapai sudah niat yang dah lama terpendam. Air tenang je dan tak terlalu masin. Tak le rasa pedih mata time mandi. So, sesiapa yang nak terjah Semporna, aku syorkan Tampi-Tampi termasuk dalam list yang perlu anda lawati. Boleh je nak lantik aku jadi tour guide korang tapi haruslah berbayar.. hew hew hew. Time mandi ni kawan aku boleh interview anak-anak Bajau. Bagaimana kamu belajar berenang?tanya kawan aku. Balas budak tu, waktu aku kecil dulu, aku ada telan sotong mentah. Erkkkkk... Apa yang aku faham, ni mungkin petua mereka kalau nak pandai berenang. Bagi yang tak boleh berenang, ndak mau cuba ka?
Sampai sini je entri kali ni... Nantikan entri aku ke Kota Kinabalu pulak nanti. See you soon..
#Good luck untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan
Bulan 8 ni cukup sudah setahun aku bergiat dalam arena blogging. Berikan tepukan yang gemuruh sikit kepada tuan blog. Syabas! Tak sangka aku mampu bertahan menaip dan menaip entri baru walaupun ada banyak je entri mengarut. hahahahha.. To all readers, thank you for always supporting this wonderful blog. Wonderful ker???(tangan atas bahu, mata pandang atas).
Pengalaman sepanjang travelling adalah sebahagian daripada memori indah yang tak mungkin aku lupakan. Serius! So, let share our awesome experiences with others.
Sebagai hadiah 1st anniversary, aku ubah sket rupa blog aku agar nampak lebih matang seiring usia aku yang semakin meningkat. Header blog pun aku dah ubah. Sebenarnya nama D'Memoir adalah nama yang aku suggestkan untuk nama majalah sekolah. Tapi aku rasa sayang dengan nama ni sangat-sangat. So I made a decision untuk gunakan nama ni untuk diletakkan di blog aku.
Ok.. See u next time!
#Tak sabar nak pergi ke Kota Kinabalu :)
Kalau bercakap tentang Kota Kinabalu, benda pertama yang difikiran aku adalah Kundasang. Teringin sangat nak feeling-feeling sejuk ala-ala drama Deejavu di Kinabalu. Bertambah geram bila review blog-blog dan tengok gambar-gambar cantik yang berjaya diambil semasa di Kundasang. Arghhhhhhhh..... Dengar kata nak ke sana dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam lebih. Jauh jugak tu!
Selalu sesiapa yang ke Kota Kinabalu juga akan pergi ke Pulau Manukan dan pulau-pulau sekitar. Yang ni aku tak beberapa teruja sebab dekat Semporna ada berlambak-lambak pulau yang cantik-cantik seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai, Pulau Singamata dan banyak lagi. Tu pun aku tak terjah-terjah. Yang aku dah terjah Pulau Bum Bum je sebab dekat. Naik bot 5 minit dah sampai.. hahaha...Sekarang ni dah ketat sikit pengawalan di pulau-pulau dekat Semporna. Dorang dah lancar perintah berkurung dari pukul 6 petang sampai 6 pagi sebab ada kes pembunuhan kan hari tu. Tapi still je ada pelancong yang datang aku tengok. Pesan kawan aku yang merupakan salah seorang anggota polis di Semporna, katanya kalau boleh elakkan berkunjung ke pulau-pulau di Semporna ketika ini.
Walaupun pulau Bum Bum bukan tempat pelancongan, tapi airnya still crystal clear okeh. Cuma ada tak boleh mandi dan snorkeling je. Sangat tak digalakkan sama sekali sebab tutttt... hahaha.. Kalau nak mandi-manda bolehlah ke Tampi-Tampi. View memang awesome sangat!!! Meh aku tunjukkan semula gambar yang berjaya diambil di Pulau Bum Bum dan Tampi-Tampi.
Pulau Bum Bum
Tampi-Tampi
Di Kota Kinabalu juga ada Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air. Macam menarik sebab selama aku duduk dekat Semporna, aku tak pernah tengok kewujudan pasar malam di sini. Ke aku je yang tak perasan??? Dengarnya, peniaga-peniaga di Pasar Filipina kebanyakkan berasal dari Filipina. Kat sini kita boleh beli mutiara, amplang, dan makanan-makanan laut yang dibakar etc... Dengar macam lazat bukan??? Mutiara dan amplang aku tolak tepi sebab tak menarik! Dah biasa sangat tengok dan amplang pun dibuat di Tawau. Dekat dengan Semporna je. So, makanan-makanan laut yang dibakar etc perlu diambil perhatian. hahahaha.. Sebenarnya aku pun dah lali dengan makanan laut sebab dekat Semporna juga banyak. Terlampau banyak dan murah maybe! Cuma di Semporna makanan laut ini lebih popular di jual di pasar basah dan bukannya dijual dalam bentuk hidangan yang siap dimasak.
Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu seperti Kinabalu Park, Tanjung Lipat, Jambatan Tamparuli dan Poring Hot Spring, Ranau. Persoalannya sekarang adalah bagaimana nak cover tempat-tempat menarik kalau budget hanya ciput? Kasihan bukan?hahahaha.. Budget aku hanya RM500. Lepas ditolak dengan kos flight yang RM130 jadinya baki hanya tinggal RM370. So, aku nak minta tolong sesiapa sahaja yang berpengalaman ke Kota Kinabalu untuk membantu aku merancang itinerary selama 4 hari 3 malam yang hanya memakan kos sebanyak RM370. Untuk pengetahuan uolls, aku ke sana bulan hadapan bersama seorang lagi kawan aku. Tema trip ini adalah berjalan selagi boleh asalkan menjimatkan. Panjang bebenor tema trip aku!hahahaha...
Jom bantu saya!!!!
Anyohaseyo.....
Kunun-kunun nak ambil feel la sebab tak lama lagi nak pergi Korea Selatannnn.. Cehhhh!!!!!!! hahaha.. Padahal satu habuk aku tak prepare. Eh, jap. Haritu aku ada beli sport shoes sebab ada sale. So aku jadikan dia as kasut untuk aku travel waktu musim sejuk nanti. Tak kuasa aku nak pakai kasut bulu-bulu bagai. Tak sesuai sangat bagi aku yang nak travel secara backpack ni. Kang sakit kaki terus menyesal tak sudah. Kalau pakai sport shoes lebih selesa dan sekurang-sekurangnya kalau tertinggal train, aku boleh la berlari ala-ala Usain Bolt. Boleh percaya ker uolls??? Cousin aku pernah stay dekat Korea selama setahun dan dia pun suggest aku pakai sport shoes je. Cadangan diterima!
Fated to love you.. Ditakdirkan untuk mencintaimu.. Amboi, jiwang kemain.. Heyyy, ni tajuk drama korea terbaru yang aku tengok okeh. Sekarang tengah layan dekat youtube. Boleh gak tonton dekat gooddrama. Kalau la ada readers yang terbaca entri ni, aku nak suggest korang tengok drama ni. Sekarang drama ni memang sedang ditayangkan di Korea Selatan. So, everyweek aku akan update nak tengok episod terbaru. Aku ingat dulu-dulu time form 4, first vcd korean drama yang aku beli adalah Successful Story of a Bright Girl lakonan Jang Hyuk dan Jang Nara. Semangat gilo sebab time tu drama korea tengah nak naik. Vcd tu sampai sekarang masih ada elok je kat umah aku. Nak jadikan cerita, sekali tu kawan aku promote drama terbaru korea di fb. Rupa-rupanya drama terbaru tu adalah gandingan semula Jang Nara dan Jang Hyuk selepas 12 tahun. Aku apa lagi, terus pergi search dan tonton. Deabakkk!!!!
Apa yang aku boleh komen, gandingan Jang Hyuk dan Jang Nara semakin mantap. Ada chemistry ala-ala Indah Harlina dan Tajul Razin. Nak jugak menyelit nama dorang. hahaha.. Tengok gambar di atas, nampak tak perbezaan wajah dulu dan sekarang? Jang Nara dah 33 tahun kot tapi aku rasa dia tertukar umur dengan aku la.. Awet muda sangat!
Aku rasa blog ni semakin ke laut dah sekarang.. Dah jadi blog review drama-drama pulak. Maklong lah, dah lama tak berkesempatan nak travel. Sebab tu jadi ndak betul sudah bha...hahahaha.. Ok bye! Selamat Menonton!
#Bahasa Sabah: Ndak = Tidak
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua readers.
Lama bebenor dah rasanya aku tak update blog. Macam mana dengan sambutan hari raya korang?meriah?so so?atau tak best? Aku as usual setiap tahun akan balik ke kampung halaman mak aku di Bukit Gantang, Perak. Ada apa yang menarik dengan Bukit Gantang?Meh aku nak stori sket. Begini ceritanya.....
Suasana Bukit Gantang pada aku sangat nyaman, sejuk dan mendamaikan. Kawasannya dikelilingi dengan bukit. Kalau korang melalui highway area Bukit Gantang menuju ke selatan, cuba toleh ke sebelah kiri anda. Anda akan dapat lihat ada rumah-rumah kampung tepi jalan raya. Haaaa.. kat area situ la area kampung mak aku. Dulu asalnya saudara mara aku ada yang duduk di Bukit Berapit (atas sikit dari Bukit Gantang) tapi kerajaan dah beli tanah area situ untuk buat landasan keretapi. Habis sungai semua kena tambak.. Teringat memori kecik-kecik dulu. Selalu je aku dan kazen aku mandi bog*l dekat sungai.hahaha... Sekarang kalau lalu area situ, dah boleh nampak yang ada hanya landasan keretapi. Sedih ok!
Meh nak stori lagi.. Kalau dulu kan, setiap kali raya mesti ada je kemalangan atas highway. Kami yang duduk area kampung kat area bawah boleh dengar dan lihat apa yang terjadi. Rasa macam dah lali pun ada.. Pernah sekali tu aku pergi tengok dengan mata sendiri. Agak scaryyy.. Kata mak saudara aku, area kawasan sini keras sikit. Macam misteri je bunyiknya kan?kan?kan? Ingat lagi tak kejadian bas konsortium yang terjatuh dekat Bukit Gantang dulu? Kalau tak salah aku 40 lebih kot penumpang yang meninggal. Lokasi bas tu jatuh dekat sangat-sangat je dengan kampung mak aku. Lepas kemalangan, lalu area situ boleh nampak ada alatan-alatan orang guna untuk aktiviti pemujaan. Siot je. Sekali tu, aku tunggang motorsikal dengan kazen aku dalam pukul 10-11 malam macam tu. Lalu pulak area situ, mak aiiiii.... seramnya.... Ni kalau aku tulis novel seram confirm jadi best seller punya!hahahaha...
Bukit Gantang juga femes dengan buah-buahan seperti durian dan lain-lain. Durian dari Bukit Gantang not bad jugak lah! Aku tak pernah beli pun sebab selama ni makan free je sebab ambil dari kebun sendiri kan. So, gulai dan sambal tempoyak telah menjadi makanan kegemaran atau tradisi saudara mara sebelah mak aku yang hampir kesemuanya menetap di Perak. Buktinya baru-baru ni 3 buah rumah saudara aku buat open house. Tiga-tiga buah rumah hidang nasi beserta gulai tempoyak. Perhhhhh!!!! terangkat habaq hang! (haters tempoyak pasti merasakan statement aku ni sangat men'jelek'kan). Sesiapa yang nak cuba durian made in Bukit Gantang, boleh la terjah hentian R&R Bukit Gantang ye..
Disebabkan saudara mara aku kebanyakkan menetap di area Kamunting, Bukit Gantang dan sewaktu dengannya, maka sambutan hari raya setiap tahun adalah amat menyeronokkan. Moment paling best bila saudara mara berkumpul beramai-ramai dan akan ada cerita-cerita lama yang berjaya dikorek dan dikongsi bersama. Tidak semua ibu bapa gemar berkongsi kisah mereka semasa era kanak-kanak dulu sehingga kini. Pada aku, adalah penting untuk ibu bapa berbuat sedemikian. Atleast anak-anak tahu sejarah atau latar belakang keluarga ibu bapa mereka. Cerita-cerita yang aku berjaya korek ni akan aku ceritakan kepada anak cucu aku kelak.
Sampai sini jela cerita memori Bukit Gantang.. Pernah main meriam? So aku nak hadiahkan satu gambar meriam yang diambil oleh abang pada tahun 2011 sewaktu kami menyambut lebaran di Bukit Gantang. Selamat hari raya dan selamat kembali bekerja!
#Mercun pop-pop pun aku takut apatah lagi meriam... Aishhhhh