Total Pageviews

Sunday, 17 August 2014

Merancang Budget Trip ke Kota Kinabalu

Kalau bercakap tentang Kota Kinabalu, benda pertama yang difikiran aku adalah Kundasang. Teringin sangat nak feeling-feeling sejuk ala-ala drama Deejavu di Kinabalu. Bertambah geram bila review blog-blog dan tengok gambar-gambar cantik yang berjaya diambil semasa di Kundasang. Arghhhhhhhh..... Dengar kata nak ke sana dari bandar Kota Kinabalu mengambil masa selama 2 jam lebih. Jauh jugak tu!

 

Selalu sesiapa yang ke Kota Kinabalu juga akan pergi ke Pulau Manukan dan pulau-pulau sekitar. Yang ni aku tak beberapa teruja sebab dekat Semporna ada berlambak-lambak pulau yang cantik-cantik seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Kapalai, Pulau Singamata dan banyak lagi. Tu pun aku tak terjah-terjah. Yang aku dah terjah Pulau Bum Bum je sebab dekat. Naik bot 5 minit dah sampai.. hahaha...Sekarang ni dah ketat sikit pengawalan di pulau-pulau dekat Semporna. Dorang dah lancar perintah berkurung dari pukul 6 petang sampai 6 pagi sebab ada kes pembunuhan kan hari tu. Tapi still je ada pelancong yang datang aku tengok. Pesan kawan aku yang merupakan salah seorang anggota polis di Semporna, katanya kalau boleh elakkan berkunjung ke pulau-pulau di Semporna ketika ini. 

 

Walaupun pulau Bum Bum bukan tempat pelancongan, tapi airnya still crystal clear okeh. Cuma ada tak boleh mandi dan snorkeling je. Sangat tak digalakkan sama sekali sebab tutttt... hahaha.. Kalau nak mandi-manda  bolehlah ke Tampi-Tampi. View memang awesome sangat!!! Meh aku tunjukkan semula gambar yang berjaya diambil di Pulau Bum Bum dan Tampi-Tampi.




Pulau Bum Bum



















Tampi-Tampi

 




 




 






Di Kota Kinabalu juga ada Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air. Macam menarik sebab selama aku duduk dekat Semporna, aku tak pernah tengok kewujudan pasar malam di sini. Ke aku je yang tak perasan??? Dengarnya, peniaga-peniaga di Pasar Filipina kebanyakkan berasal dari Filipina. Kat sini kita boleh beli mutiara, amplang, dan makanan-makanan laut yang dibakar etc... Dengar macam lazat bukan??? Mutiara dan amplang aku tolak tepi sebab tak menarik! Dah biasa sangat tengok dan amplang pun dibuat di Tawau. Dekat dengan Semporna je. So, makanan-makanan laut yang dibakar etc perlu diambil perhatian. hahahaha.. Sebenarnya aku pun dah lali dengan makanan laut sebab dekat Semporna juga banyak. Terlampau banyak dan murah maybe! Cuma di Semporna makanan laut ini lebih popular di jual di pasar basah dan bukannya dijual dalam bentuk hidangan yang siap dimasak. 

 

 

 









Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu seperti Kinabalu Park, Tanjung Lipat, Jambatan Tamparuli dan Poring Hot Spring, Ranau. Persoalannya sekarang adalah bagaimana nak cover tempat-tempat menarik kalau budget hanya ciput? Kasihan bukan?hahahaha.. Budget aku hanya RM500. Lepas ditolak dengan kos flight yang RM130 jadinya baki hanya tinggal RM370. So, aku nak minta tolong sesiapa sahaja yang berpengalaman ke Kota Kinabalu untuk membantu aku merancang itinerary selama 4 hari 3 malam yang hanya memakan kos sebanyak RM370. Untuk pengetahuan uolls, aku ke sana bulan hadapan bersama seorang lagi kawan aku. Tema trip ini adalah berjalan selagi boleh asalkan menjimatkan. Panjang bebenor tema trip aku!hahahaha...





Jom bantu saya!!!!

2 comments:

  1. Salam Nurul, sy just nak share...bajet RM300 boleh je, asal pandai manage. Macam sy gi KK last year dgn bajet RM800 utk 2 org dgn husband sy boleh stay 4H3M. Just jalan around town KK, naik bas, jalan kaki, pakej snorkeling 2 org, ole2 bwk blk kl, siap makan mewah lagi. no worries, sblm pegi kena plan btol2, br holiday jd enjoy... ^_^

    ReplyDelete
  2. wasalam sis..thanks..itu la rasanya boleh..plan nak stay 2 night dekat Kundasang. Bila campur, tolak, bahagi n darab, kos penginapan+flight+makan+sewa kereta+minyak lebih kurang RM500 jugak.. Harap dapat jimat sehabis mungkin!he3

    ReplyDelete