Bukit Gantang
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua readers.
Lama bebenor dah rasanya aku tak update blog. Macam mana dengan sambutan hari raya korang?meriah?so so?atau tak best? Aku as usual setiap tahun akan balik ke kampung halaman mak aku di Bukit Gantang, Perak. Ada apa yang menarik dengan Bukit Gantang?Meh aku nak stori sket. Begini ceritanya.....
Suasana Bukit Gantang pada aku sangat nyaman, sejuk dan mendamaikan. Kawasannya dikelilingi dengan bukit. Kalau korang melalui highway area Bukit Gantang menuju ke selatan, cuba toleh ke sebelah kiri anda. Anda akan dapat lihat ada rumah-rumah kampung tepi jalan raya. Haaaa.. kat area situ la area kampung mak aku. Dulu asalnya saudara mara aku ada yang duduk di Bukit Berapit (atas sikit dari Bukit Gantang) tapi kerajaan dah beli tanah area situ untuk buat landasan keretapi. Habis sungai semua kena tambak.. Teringat memori kecik-kecik dulu. Selalu je aku dan kazen aku mandi bog*l dekat sungai.hahaha... Sekarang kalau lalu area situ, dah boleh nampak yang ada hanya landasan keretapi. Sedih ok!
Meh nak stori lagi.. Kalau dulu kan, setiap kali raya mesti ada je kemalangan atas highway. Kami yang duduk area kampung kat area bawah boleh dengar dan lihat apa yang terjadi. Rasa macam dah lali pun ada.. Pernah sekali tu aku pergi tengok dengan mata sendiri. Agak scaryyy.. Kata mak saudara aku, area kawasan sini keras sikit. Macam misteri je bunyiknya kan?kan?kan? Ingat lagi tak kejadian bas konsortium yang terjatuh dekat Bukit Gantang dulu? Kalau tak salah aku 40 lebih kot penumpang yang meninggal. Lokasi bas tu jatuh dekat sangat-sangat je dengan kampung mak aku. Lepas kemalangan, lalu area situ boleh nampak ada alatan-alatan orang guna untuk aktiviti pemujaan. Siot je. Sekali tu, aku tunggang motorsikal dengan kazen aku dalam pukul 10-11 malam macam tu. Lalu pulak area situ, mak aiiiii.... seramnya.... Ni kalau aku tulis novel seram confirm jadi best seller punya!hahahaha...
Bukit Gantang juga femes dengan buah-buahan seperti durian dan lain-lain. Durian dari Bukit Gantang not bad jugak lah! Aku tak pernah beli pun sebab selama ni makan free je sebab ambil dari kebun sendiri kan. So, gulai dan sambal tempoyak telah menjadi makanan kegemaran atau tradisi saudara mara sebelah mak aku yang hampir kesemuanya menetap di Perak. Buktinya baru-baru ni 3 buah rumah saudara aku buat open house. Tiga-tiga buah rumah hidang nasi beserta gulai tempoyak. Perhhhhh!!!! terangkat habaq hang! (haters tempoyak pasti merasakan statement aku ni sangat men'jelek'kan). Sesiapa yang nak cuba durian made in Bukit Gantang, boleh la terjah hentian R&R Bukit Gantang ye..
Disebabkan saudara mara aku kebanyakkan menetap di area Kamunting, Bukit Gantang dan sewaktu dengannya, maka sambutan hari raya setiap tahun adalah amat menyeronokkan. Moment paling best bila saudara mara berkumpul beramai-ramai dan akan ada cerita-cerita lama yang berjaya dikorek dan dikongsi bersama. Tidak semua ibu bapa gemar berkongsi kisah mereka semasa era kanak-kanak dulu sehingga kini. Pada aku, adalah penting untuk ibu bapa berbuat sedemikian. Atleast anak-anak tahu sejarah atau latar belakang keluarga ibu bapa mereka. Cerita-cerita yang aku berjaya korek ni akan aku ceritakan kepada anak cucu aku kelak.
Sampai sini jela cerita memori Bukit Gantang.. Pernah main meriam? So aku nak hadiahkan satu gambar meriam yang diambil oleh abang pada tahun 2011 sewaktu kami menyambut lebaran di Bukit Gantang. Selamat hari raya dan selamat kembali bekerja!
#Mercun pop-pop pun aku takut apatah lagi meriam... Aishhhhh
Selamat Hari Raya Nurul ^_^ samelah ngan Ezan takut ngan mercun. Paling hebat main bunga api jer hehe.
ReplyDeletesma la kita...abg n adik baling mercun pop-pop je pun tp dh lari lintang-pukang..hahaha..klu dgr bunyik meriam buluh,asik tersentap je...mcm mn la hai hdup di Gaza.. #SaveGaza
DeleteSaya org Bukit gantang...nak Cari durian bole call saya..
ReplyDelete