Total Pageviews

Friday, 8 August 2014

Fated To Love You

Anyohaseyo..... 


Kunun-kunun nak ambil feel la sebab tak lama lagi nak pergi Korea Selatannnn.. Cehhhh!!!!!!! hahaha.. Padahal satu habuk aku tak prepare. Eh, jap. Haritu aku ada beli sport shoes sebab ada sale. So aku jadikan dia as kasut untuk aku travel waktu musim sejuk nanti. Tak kuasa aku nak pakai kasut bulu-bulu bagai. Tak sesuai sangat bagi aku yang nak travel secara backpack ni. Kang sakit kaki terus menyesal tak sudah. Kalau pakai sport shoes lebih selesa dan sekurang-sekurangnya kalau tertinggal train, aku boleh la berlari ala-ala Usain Bolt. Boleh percaya ker uolls??? Cousin aku pernah stay dekat Korea selama setahun dan dia pun suggest aku pakai sport shoes je. Cadangan diterima!


Fated to love you.. Ditakdirkan untuk mencintaimu.. Amboi, jiwang kemain.. Heyyy, ni tajuk drama korea terbaru yang aku tengok okeh. Sekarang tengah layan dekat youtube. Boleh gak tonton dekat gooddrama. Kalau la ada readers yang terbaca entri ni, aku nak suggest korang tengok drama ni. Sekarang drama ni memang sedang ditayangkan di Korea Selatan. So, everyweek aku akan update nak tengok episod terbaru. Aku ingat dulu-dulu time form 4, first vcd korean drama yang aku beli adalah Successful Story of a Bright Girl lakonan Jang Hyuk dan Jang Nara. Semangat gilo sebab time tu drama korea tengah nak naik. Vcd tu sampai sekarang masih ada elok je kat umah aku. Nak jadikan cerita, sekali tu kawan aku promote drama terbaru korea di fb. Rupa-rupanya drama terbaru tu adalah gandingan semula Jang Nara dan Jang Hyuk selepas 12 tahun. Aku apa lagi, terus pergi search dan tonton. Deabakkk!!!!






Apa yang aku boleh komen, gandingan Jang Hyuk dan Jang Nara semakin mantap. Ada chemistry ala-ala Indah Harlina dan Tajul Razin. Nak jugak menyelit nama dorang. hahaha.. Tengok gambar di atas, nampak tak perbezaan wajah dulu dan sekarang? Jang Nara dah 33 tahun kot tapi aku rasa dia tertukar umur dengan aku la.. Awet muda sangat!



Aku rasa blog ni semakin ke laut dah sekarang.. Dah jadi blog review drama-drama pulak. Maklong lah, dah lama tak berkesempatan nak travel. Sebab tu jadi ndak betul sudah bha...hahahaha.. Ok bye! Selamat Menonton!








#Bahasa Sabah: Ndak = Tidak

No comments:

Post a Comment