Total Pageviews

Thursday, 1 October 2015

Krabi Trip: Shopping & Eating

Cepat-cepat nak habiskan entry Krabi. Go! Go! Go!


Last day lepas pergi  3 islands, aku dan Cik Y meronggeng  naik moto area Aonang. Dah berkurun tak naik moto wehhh.. Rasa kekok gila nak tekan minyak. Padahal dulu aku pernah dicop sebagai cikgu rempit and cikgu helmet steng (helmet separuh@setengah). Aku je cikgu pompuan pergi sekolah merempit. Terus kena cop camtu. Tragis bukan?


Mission haruslah mencari pancake mak cik Yaminlah area Aonang. Kedai mak cik Yaminlah ni berderet-deret dengan gerai makan yang lain. Gerai betul-betul tepi jalan.  Katanya la kan, pancake dia paling terbaik di Aonang. Aku pun meng'order' pancake nuttela dan Cik Y pulak order yang coklat punya. Tak tau bagi rate berapa. Sebabnya aku rasa semua pancake rasa sama je. Hat mak cik Yaminlah ni a bit oily dan tebal. So, hmmmm.. So-so je lah aku rasa. 






Pulut mangga





Deretan gerai lain berdekatan dengan gerai mak cik Yaminlah 






Kuey teow tom yam 


Green tea soda.




Area gerai mak cik Yaminlah ni, aku ada beli green tea soda. Perhhhhh!!!! Yang ni sangat recommended. Aku ni hantu green tea. Teh ais dia pun kaw habis. Sila try kalau datang ke sini. Makanan panas yang lain biasa-biasa je. Aku siap berjaya menapau pulut mangga lagi untuk bawak balik Malaysia. Mangga Thai memang manis sangat. Lemah betul kalau cerita bab pulut mangga ni. Nak repeat Thailand sebab benda ni lah. Haishhhh.... 


Aku dan Cik Y ada jugak meronggeng sampai ke Tesco. Beli coffee 3 in 1 bawak balik Malaysia. Before fly, aku sempat singgah kedai area Aonang nak beli souvenir. Berkenan dengan sling bag hijau, ethnic design. Disebabkan aku ni pelanggan awal, dia kasi dengan harga 120 baht je. Masa dalam kereta on the way nak balik rumah, baru perasan beg tu tertinggal dalam flight. Sobs.. sobs.. sobs..  





Lost this sling bag. Good quality with the best price. Sayangnya...





Habis sudah entri ke Krabi. Yeayyyyy!!! Boleh update entri ke Bandung pulak lepas ni. Dalam group BBM di fb, mostly members komen takkan repeat trip ke Krabi. Aku pun agak bersetuju maybe disebabkan too many tourists especially kalau pergi islands. Cukup la sekali kot. Apa-apa pun, aku sangat enjoy berkayak tengah panas dan naik gajah. Phewwww.... 




No comments:

Post a Comment