Thailand Trip 2015 Day 1&2: Chatuchak Market & Rod Fai Night Market
Dah dua kali aku mengalami tragedi hampir tertinggal flight dan ianya berlaku sekali lagi. Ketaq gila habaq hang! Selalu jalan on the way nak ke airport Penang lancar je. Sekali atas jambatan Pulau Pinang jem teruk sebab ada excident. Aku sampai betul-betul time boarding 4.10 petang. Nasib airport Penang tak besaq mana. Phewwww..... Selalu buat drama suspen thriller!
Aku tiba di Don Mueng Airport pada pukul 5.30 petang. Selesai urusan imigresen, terus menuju ke pintu arrival. Plan nak naik bas je ke Mo Chit station. Then naik BTS ke Asok station. Lepas keluar je pintu arrival, belok kiri. Ambil exit 6. Naik bas no A1 menuju ke Mo Chit station. Tiket bas berharga 30 baht dan dibayar kepada konduktor bas. Aku up sikit Bangkok train map. Senang nak rujuk.
Aku booked Asok Montri Hostel yang berdekatan sahaja dengan BTS Asok. Sampai je hentian Mo Chit (naik A1 bus), terus beli tiket train berharga 40++ baht menuju ke Asok station. For the first time aku jumpa security guard di setiap train station yang scan and check korang punya beg. Atas atas faktor keselamatan maybe. Tak dak pun bom dalam beg aku ni!(kata hatiku). Yes, mostly yang kena check adalah foreigner. Yang pakai cap or sunglass, kena bukak ye.
Lokasi hostel bersebelahan dengan Terminal 21. Sampai je Asok station, ambil exit 1. Turun tangga, belok kiri dan jalan terus melepasi Terminal 21 ke sebelah kanan. Teruskan berjalan sehingga nampak kedai Friend's Massage. Masuk lorong di sebelah kedai berkenaan dan sampaiiii... Overall, aku sangat berpuas hati menginap di sini. Susah kot nak cari penginapan yang berpatutan dan dekat dengan train station. Asok station juga bersebelahan je dengan MRT Sukhumvit. Lagi la senang nak gerak mana-mana. Price semalam untuk twin bed (shared bathroom) lebih kurang RM70.
Asok Montri Hostel
Malam tu, aku just jalan-jalan dalam Terminal 21. Sempat meng'usha' baju kat H&M. Rambang mata woiiii.
Esok pagi around 8 pagi, aku beli BTS one day pass berharga 140 baht memandangkan aku plan nak gunakan BTS Skytrain (line hijau muda&hijau tua) semaksimum yang mungkin. Pada aku memang agak rugi kalau beli by trip. Dari Asok station ke Mo Chit sehala je dah 40++baht. So, better korang plan your trip baik-baik. Pagi tu aku round-round area Pratunam dulu. Turun di station Chit Lom dan jalan lebih kurang 15 minit. Memandangkan masih awal pagi, maka mostly kedai masih tutup.
BTS One Day Pass
Next destination is Chatuchak Market. Nak ke Chatuchak Market, korang ada 2 pilihan. Samaada naik BTS dan turun di Mo Chit station atau naik MRT dan turun di Chatuchak Park. Chatuchak Market adalah pasar yang terbesar di Asia Tenggara. Pasar ini dibuka seawal 6.00 pagi sehingga 6.00 malam setiap hujung minggu. Banyak kedai tak dibuka pada awal pagi. Around 10 am and above is the best time to come!
View from Mo Chit station
Pada aku Chatuchak Market memang sangat happening sampai aku pening nak mencari jalan keluar. Banyak kali sesat kot! Ramai gila manusia yang datang ditambah dengan panas terik. Merecik peluh. Hmmmm.. Jika anda merasakan barang-barang di Hatyai sudah cukup murah, ternyata anda silap. Chatuchak Market menawarkan harga yang lagi hebat. Ada macam-macam yang dijual termasuk pelbagai spesis binatang peliharaan (ikan, kura-kura, labi-labi, udang, itik, ayam, iguana, burung, landak, hamster, anjing etc), baju, beg, barangan kulit, barangan vintage, makanan dan lain-lain.
Dari kiri: kura-kura, udang dan ikan
Aku selalu beli gelang yang unik setiap kali travel. Suddenly jumpa gelang di atas. Aku rasa ianya simple dan cute! Berjaya beli dengan harga 50 baht.
Pak cik pakai baju putih tu siap shopping bawak beg troli lagi. Curlass sangatttt..
Berpusu-pusu orang balik naik train. Aku buat decision nak rest dan solat di hostel. Pukul 5 petang, aku ke MBK Center. Menurut blogger lain, terdapat satu restoran halal di sana. Dari Asok station, aku menuju ke Siam station. Sampai di Siam station, naik BTS line hijau tua menuju ke National Stadium. Keluar je train, dah boleh nampak MBK Center di sebelah kanan anda. So, naik escalator sehingga ke tingkat 5.
Untuk penjimatan, harus lah order makanan seminimum yang mungkin. Aku order chicken tom yam (small size) dan chicken green curry (medium size). Total 258 baht. Rasa memang sedap dan nasi yang dihidangkan memang betul-betul pakai beras Thai berkualiti. Patutlah famous semacam restoran Yana ni.
Selepas makan, aku gerak ke Rod Fai Night Market. Pasar malam ni berdekatan dengan Seacon Square. Selain Chatuchak, pasar malam ni agak terkenal dengan barangan vintage. Cara mudah untuk ke sini dengan menaiki BTS dan turun di stesen Udom Suk. Kemudian, naik taxi dan suruh taxi driver berhenti bertentangan dengan Seacon Square. Actually, lokasi pasar malam ini hanya bersebelahan dengan Seacon Square. Kiranya dari Udom Suk, taxi driver perlu buat u-turn. Agak makan masa dan wang. Untuk jimat, better turun bertentangan dengan Seacon Square dan cross menggunakan jejantas. Jarak stesen Udom Suk ke Seacon Square lebih kurang 5 km dan caj taxi yang dikenakan adalah sebanyak 70 baht. Pastikan taxi anda bermeter.
Ada banyak barang vintage seperti kereta, vespa, basikal era bila ntah dan lain-lain.
Hat ni agak mencuri perhatian aku. Bear bundle murah. Hanya 35 baht je. Dah la kondisi masih elok dan nampak baru. Kecik ke, besar ke 35 baht je. Beli 3 dapat harga 100 baht.
Ada beberapa gerai yang menjual makanan halal. Before balik, sempat beli kebab berharga 50 baht. Sampai hostel, simpan dalam peti sejuk. Esoknya, panaskan dalam microwave. Makan ketika sampai di Ayutthaya. Masih lazat!
Habis sudah hari pertama dan kedua di Bangkok. Berjaya guna BTS tiket dari pagi sampai malam. Flight ticket aku dari Penang ke Bangkok berharga RM200. Pandai-pandai la korang calculate total RM yang aku habiskan untuk day 1&2. Thanks for reading!
#Nantikan entri Day 3 ke Ayutthaya
Loving all your entries. Keep writing.
ReplyDeletethank you so muchhhh!
Delete