Total Pageviews

Wednesday, 16 December 2015

Thailand Trip 2015 Day 4: Lopburi


Actually plan nak ke Lopburi ni datang tiba-tiba selepas ada someone post dalam group BBM tentang kewujudan ladang bunga matahari di sana. Cantik kot! Terus aku masukkan dalam itinerary. Hasil risikan daripada blog-blog lain, kebanyakkan traveller just buat one day trip je dari Bangkok ke Lopburi. Perjalanan memakan masa selama 3 jam sehala. So, kalau return dah 6 jam. Aishhhh.. Macam agak meletihkan bukan So, aku decide untuk gerak dari Ayutthaya je.





Korang boleh rujuk peta Thailand untuk melihat kedudukan Ayutthaya dan Lopburi. Tidak jauh dan hanya mengambil masa selama sejam dengan menaiki train. Kalau tak salah aku, Lopburi merupakan wilayah terbesar yang terkenal dengan penanaman bunga matahari. Selain Lopburi, Saraburi juga terkenal dengan tanaman ini. Dikatakan penanaman bunga matahari ini hanya bermula pada bulan November, Disember dan Januari. Ketika ini cuaca dijangkankan lebih sejuk berbanding bulan-bulan yang lain. 


Before aku sampai ke sini, dah banyak traveller update mengatakan hanya ada sedikit sahaja ladang bunga matahari memandangkan cuaca sangat panas ketika itu. It's ok! Dapat tengok bunga matahari kembang mekar dah memadai walaupun tak banyak. Misi harus diteruskan! 




Tiket Ayutthaya ke Lopburi berharga 20 baht





Slumber pergi duduk area monk/disable/senior citizen. Mak cik depan aku yang jemput aku duduk depan seat dia. Kira boleh dimaafkan la ek?





Dari Ayutthaya, aku naik train pukul 8.38 pagi. Tunggu punya tunggu, train delayed pulak. Train dijangka tiba pada pukul 9.15 pagi. Sambil menunggu, mata melilau tengok kot-kot jumpa traveller malaysia yang nak sama-sama ke Lopburi. Tapi, hampa! Banyak mat dan minah salleh je yang stay di Ayutthaya ni. Selepas sejam perjalanan, akhirnya aku tiba di Lopburi.


Sampai di stesen keretapi Lopburi, aku dihampiri oleh mak cik berseluar pendek. Dengan bahasa inggeris yang tak seberapa jelas, aku dengar dia sebut 'flower' je. Aku memang syak dia buat servis hantar orang ke ladang sunflower. How much? kata aku. Arr..ar.... Jenuh jugak menunggu dia menyebut harga yang tidak jelas berapa jumlahnya. Last sekali, aku keluarkan phone then suruh dia tekan harga. 800 baht??? Aku buat-buat terkejut. Padahal aku tahu mostly ramai traveller kena caj around 800-1000 baht untuk ke ladang sunflower memandangkan perjalanan ke sana mengambil masa selama hampir sejam. Lepas nego, aku dapat harga 600 baht. Yes, berjaya! 






Ni lah mak cik yang aku maksudkan.  Kalau ke Lopburi, try nego harga terbaik untuk ke ladang bunga matahari.




Maka naiklah aku kereta mak cik ini selama sejam (45 km). Agak bosan sebab mak cik ni memang tak boleh langsung cakap english. Lagi bertambah bosan, bila dia pasang lagu thai sepanjang perjalanan. On the way nak balik, boleh pulak dia pasang lagu inggeris. Tapi disebabkan dia bagi good price, so aku janji nak promote mak cik ni dalam blog. Tahniah mak cik sebab berjaya muncul dalam blog saya.



Dan akhirnya impian tercapai. Mission is completed! Aku tak spend banyak masa bergambar memandangkan cuaca terlalu panas. 














Perut dah berbunyi. Waktu dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Selesai beli tiket balik ke Bangkok (50 baht), misi mencari kedai halal diteruskan. Bila ditanya arah kedai halal, ramai menunjukkan kedai seperti gambar di bawah. Lokasi kedai ini hanya di berhadapan dengan stesen keretapi. Untuk ke sana perlu menyeberang  laluan keretapi yang agak banyak jugak lah. Dont worry sebab dah jadi kebiasaan orang di sana menyeberang laluan keretapi. 







Order nasi goreng seafood (35baht).




Sebenarnya aku nak try makanan halal yang di'suggest' oleh blogger lain. Katanya ada satu kedai makan halal yang sedap giler area Lopburi ni. Tapi tak jumpa-jumpa pulak. Lain yang dicari, lain yang dijumpa. Ternampak Cha Payom ni. Terus order ice gree tea.







Train ke Bangkok tiba tepat pukul 2.38 petang. Perjalanan memakan masa lebih dari 3 jam. Lebih kurang pukul 6 petang, aku tiba di Bangkok. Perjalanan yang agak memenatkan tapi penuh bermakna. Sampai di Bangkok, aku check in semalam di Mad Cow hostel. Hostel ini hanya berhadapan dengan Asok Montri hostel sahaja. Walaupun harga murah beberapa baht, tapi tak recommend untuk tinggal sebab tandas tak banyak. Nak masuk tandas pun kena beratur daa.. Overall, Asok Montri hostel sangat recommended bagi sesiapa yang mencari penginapan murah dan berdekatan dengan train station di Bangkok.









Nantikan entri ke Hua Hin. Good night!


No comments:

Post a Comment