Thailand Trip 2015 Day 5: Hua Hin
Sawadikha.
Jom kita sambung trip Thailand yang masih tertunggak.
Hari ke lima, aku akan ke Hua Hin. Kalau rujuk pada peta, lokasi Hua Hin berada di wilayah Prachuap Khiri Khan. Kiranya journey aku semakin menuju ke arah tanah tumpah darahku, Malaysia. Aku tak sure Hua Hin ni terkenal di kalangan traveller tempatan ke tidak. Aku masukkan Hua Hin dalam list disebabkan nak terjah Santorini Park dan Swiss Sheep Farm Cha-Am. At the same time, boleh rasa suasana town Hua Hin. Lain tempat, lain suasananya kan?
Ada tiga cara nak ke Hua Hin. Samaada dengan train (makan masa 4-5 jam), bas atau minivan. Aku pilih naik minivan disebabkan perjalanan hanya memakan masa selama 3 jam sahaja. Yang penting selesa! Stesen minivan ini berada di stesen BTS Victory Monument. Dari stesen Asok, aku beli tiket BTS (34 baht) menuju ke stesen Victoria Monument. Keluar dari train, ambil exit 2. Tiket ke Hua Hin berharga 180 baht. Time ni lah sempat berkenalan dengan geng chinese Kedahan yang sama-sama nak ke Hua Hin.
Depan Terminal 21 ada khidmat 'ojek' versi Thailand. Nama dan wajah 'ojek' ada ditampal di board. Lebih selamat cara begini bukan?
Semangat pak cik ni tunjuk muka dia yang mana satu.
Keluar dari stesen Victory Monument, ambil exit 2 untuk ke stesen minivan
Perjalanan 3 jam langsung tak terasa. Penangan bersembang punya pasal! Aku sampai Hua Hin lebih kurang pukul 3 petang. Then no idea nak cari location hostel. Tiba-tiba terserempak dengan abang posmen, terus tunjuk alamat dekat beliau. Memang dah namanya posmen kan, laju je beliau menunjuk arah hostel lepas membaca alamat yang diberi. Dan yang paling penting, beliau boleh speaking english. Selepas 10 minutes walk, sampai akhirnya di Tid Tarad Hostel. Dari luar nampak macam tak menarik je tapi bila masuk dalam, rasa bahagia. Harga hostel semalaman THB800 dirasakan sangat berbaloi . Tandas dan bathroom banyak. Tak perlu beratur ok! hahaha.. Kitchen pun agak complete. Lepas check in, terus ke kitchen dan melantak. Lapaq wehhh...
Aku perasan signboard di Hua Hin berbentuk seperti di atas. Berwarna merah dengan design yang tersendiri.
Buah-buahan di hostel diberikan percuma. Jangan malu jangan segan. Tambah-tambah kalau buah mangga made in Thailand. Haruslah aku makan.
Lepas makan, rehat dan solat, terus keluar bilik. Untuk hari ini, aku plan nak round area beach je. Lupa nak inform yang Hua Hin/Cha-Am terkenal dengan 'beach'nya. Beach di Hua Hin tidak lah terlalu cantik seperti beach-beach di Thailand yang lain. Tapi yang best, beach tak too crowded. Ada juga ternampak beberapa pondan tempatan yang tak seberapa nak gorgeous berkeliaran di persisiran pantai.
Mercun ada dijual sekitar tepi jalan. Sangat mengimbau memori bila tengok mercun lebah dan mercun ayam.
Nampak tak signboard merah di atas? Only in Hua Hin!
Boleh sewa motorsikal bagi yang rajin nak round Hua Hin.
Lepas puas melepak, terus balik menuju ke night market. Lokasi night market tidak terlalu jauh dengan hostel. Mission aku nak mencari fm Hua Hin. Say no to fm Bangkok or Thailand. Suasana night market di sini agak meriah. Banyak juga gerai yang menjual makanan laut fresh. Memang menggugat jiwa dan raga. Alhamdulillah, ada satu gerai muslim jual nasi kuning dan tom yam. Tom yam kakak ni memang sedap dan pedas. Fuhhhhhh... meletop dalam mulut. Kakak ni suaminya orang Patani dan boleh cakap bahasa melayu. Kalau datang sini, jangan lupa try tom yam kakak ni. Tak lupa, jangan terkejut bila anda melihat fm dijual serendah 10 baht. Mana nak dapat fm dengan harga macam ni dah.
Banyak giler yang menjual t-shirt ni sepanjang trip aku ke Thailand. 'Bike For Dad'. Aku budget maybe baju ni untuk charity kot! Lepas tanya itu ini, rupa-rupanya 'Dad' tu merujuk kepada raja Thailand. Kiranya raja Thailand menyarankan penduduk Thailand berbasikal untuk save nature. Lebih kurang macam tu lah. Aku perhatikan juga yang rakyat Thailand sangat hormat dan setia kepada raja mereka.
Tergoda
Only 10 baht!
Tom yam kakak masih dalam ingatan
Kalau fm yang di atas ni 10 baht je. Kalau yang ok sikit macam dalam gambar di bawah berharga 25 baht.
Selamat Tahun Baru 2016!
Hi Nurul. kalau naik minivan dari bangkok ke hua hin. dia turun hua hin dkat mana? i planning nak 2d1n, and return back to bangkok. and kat sana ada ke day tour sekitar hua hin and santorini, swiss shep farm. hopefully nurul bantu saya, TQ :)
ReplyDeleteHi Nurul, kalau nk rent motor dekat hua hin perlu tinggal passport tak? sebab dulu time dekat pukhet perlu tinggal passport untuk rent motor. Terima Kasih
ReplyDelete