Total Pageviews

Thursday 5 December 2013

Travel Partner Part 1






Assalamualaikum..

 

Bagi menutup penghujung tahun 2013, tiba-tiba terasa mahu berbicara mengenai topik 'travel partner'. Sebenarnya aku tak punya cerita yang mahu dikongsikan. Trip ke Vietnam adalah cerita terakhir pengalaman pengembaraan secara backpack pada tahun ini. Duit dah yiillekkk.. Al-maklumlah aku ni penganggur sepenuh masa. Mudah-mudahan aku dapat kerja di sekolah tahun depan. Maka, boleh la aku pergi travel lagi.. Dalam kepala otak dah target beberapa tempat yang hendak ditujui pada tahun 2014. Orang bujang la katakan.. Pheewwwww..

 

   Jom kita start berbicara mengenai travel partner. Aku yakin untuk memilih travel partner yang sehati dan sejiwa amat sukar. Sebelum ini, aku ada pernah membaca tulisan seseorang di blog yang mengatakan dia mengalami kesukaran untuk memilih travel partner yang baik. Katanya, dia tidak suka travel dalam group yang terlalu ramai kerana terlalu banyak kerenah. Yelah, setiap orang kan punya kerenah yang berlainan. Jujurnya, aku bersetuju dengan pendapatnya sekiranya anda ingin travel secara backpack. Jika anda banyak kerenah dan mahukan trip yang selesa, aku syorkan baik korang booking trip pakai travel agency je. Dah nama pun backpack kan, confirm-confirm semua benda kena buat sendiri dan adalah kebiasaan kalau tiba-tiba terjadi peristiwa seperti tertinggal train macam kes aku di Shenzhen dulu. Dah gaya Usain Bolt aku lari sampai berpeluh-peluh satu badan. So bagi sesiapa yang tak sanggup nak merasa bau busuk akibat peluh, anda disyorkan guna khidmat travel agency je. Mudah, cepat, selesa dan dapat makan yang sedap-sedap tapi memerlukan sedikit perlaburan daripada segi ongkosnya.

 

  

   Bagi backpackers, keadaan busuk peluh tu dah lali kot.. Kalau tak peluh tak beshh lah! beshhhh la sangat kannnn. hahaha.. Selalunya backpackers akan bawak baju sikit je pas tu sumbat dalam backpack masing-masing. Sebab tu masing-masing busuk kot! Pakai baju yang sama je macam aku buat.. Kah kah kah.. Tapi selalunya aku backup dengan beli t-shirt murah-murah. Nak jimat ruang dan berat luggage la katakan.. Ruang beg juga akan dipenuhi dengan makanan-makanan bagi menjimatkan perbelanjaan semasa trip. Selain tu, backpack memang perlu mempunyai ketahanan fizikal yang baik. Nak jalan merata-rata kan. Kalau tak, mesti cepat pancit! Aku tau sebab aku mengalami situasi yang sama waktu ke China&HK. Sakit kaki habaq hang.. hahaha.. Memang tak boleh lupa peristiwa sakit kaki yang teramat dulu. Untuk trip yang mendatang, kalau boleh kena aktifkan badan anda dulu sebelum terbang. Pemilihan kasut yang sesuai adalah perlu! Walau cantik dan stylo kasut anda tapi tak selesa maka anda perlu lupakan sajalah hasrat nak bergaya ala-ala model American Next Top Model tu.. 

 

 

sangat tidak sesuai okeh!
 

 

Anda sama juga sekali tidak sesuai travel secara backpack sekiranya tidak bersedia untuk menggunakan khidmat kaki sendiri dengan kerap. Faham-faham jela ek... Tak lupa, jika anda tidak bersedia untuk merasa pengalaman sakit-sakit seluruh badan serta tidak sanggup bersusah payah untuk ke hulu ke hilir untuk bertanya tentang tempat yang ingin ditujui bermakna anda belum bersedia untuk travel secara backpack!

 

 

 

 

 

 

 

   'Rakan baik anda boleh menjadi backpack travel partner yang baik'. Aku akui kita akan berasa sangat enjoy kalau dapat join trip dengan rakan baik sendiri. Best kot tapi kita kena kenal pasti jenis trip yang akan kita sertai. Kalau trip secara backpack, aku syorkan korang fikir banyak kali dan buat sesi temuduga. hehehe.. Nampak macam tak rasional tapi ada kebenarannya. Aku yakin, kebanyakkan orang suka melancong tapi adakah rakan baik anda seorang yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal jika travel secara backpack? Kalau rakan baik anda seorang yang manja-manja gitewwwww, mudah putus asa kalau berhadapan dengan masalah, tidak mempunyai keberanian, sukar memberi kerjasama atau dengan kata lainnya tidak sehati dan sejiwa akan konsep backpack, better cari orang lain jelah... :)

 

    Aku sebenarnya suka travel berdua je compare by group. Sama dengan si polan yang aku ceritakan tadi tu. Kalau beramai-ramai banyak kerenah pulak nanti. Kalau 'sehati sejiwa', insyaallah aku ok je.. Kalau tak sehati sejiwa? krik.. krik.. krik.. Masalah-masalah yang timbul ni mungkin menjadi penyebab wujudnya istilah solo traveller. Pernah terlintas nak travel secara solo ke negara sekian-sekian tapi mak aku bising-bising tak kasi pergi. Hmmm... maka, terpaksa la aku melupakan hasrat yang terpendam dan meneruskan misi mencari travel partner yang ngam. So, sesiapa yang nak jadi travel partner I yang sempoi dan awesome, boleh la email resume u all kat I ye.. hehehehe...

 

 

 

 

 

 

 

 

Happy New Year

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Wish the dreams come true! :)

25 comments:

  1. Memang susah nak cari travel partner yang ngam.Jom jadi travel partner aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. fening-fening bila nak memikio kwn plg sesuai jd travel partner.. Tgh mencari gak ni sesiapa yang nak travel trip Pnom Phen-Siem Riep-HCMCity.. hehehhe.. Ko ade plan nak g mn2 x tahun dpn?

      Delete
    2. hye ... i pun nak cari travelling partner....

      Delete
  2. aku plan nak gi vietnam tapi dalam bulan 5 cam tu.Sbb awal tahun ni aku nak pergi tempat lain

    ReplyDelete
  3. Nk join trip bleh? Tp sy x penah travel oversea lg...heheheh....kiranya nk try la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hantar resume beserta gambar berukuran 4r ye..nanti sy bg feedback..hehehehehe :)

      Delete
  4. Serius kena hntr resume and gmbr 4R? :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. sj je la gurau2..hahaha...sy sgt bz tahun ni memandangkan keje di borneo..so setakat ni mmg tiada kesempatan nk travel ke mana2 lg.. anda tiada geng sekaki n setangan ke minat travelling?

      Delete
    2. Geng sekaki maybe ada tp sekaki n setangan tu x berapa nk ada sbb bila buat plan2 jer mesti x jd...huhuhuhu....sy ni cikgu, so, kalau nk travel mmg kena tunggu cuti sek ajer....:)

      Delete
    3. jujur mmg susah pon nak cari kawan sekaki n setangan yg best yg boleh2 travel brsama2..even kwn baik sndiri blom tentu dia bleh jd kwn yang best time travel..sy pon ckgu dkt borneo..klu cuti sek, mmg plan nk balik smenanjung je..mybe ujg taun ni sy ade plan nk travel ngan kwn.. :)

      Delete
  5. Hai dear. Im looking for travel partner. Jujur, memang susah gila nak carik travel partner yang boleh ngam dengan kita. Let's go travel! email me eh boleh kenal-kenalan :D hanida.noor@hotmail.com

    ReplyDelete
  6. Seronok baca artikel travel partner ni. Kalau style saya, "solo is the best, two is better" (betul ke ayat omputih ni) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak je merasa travel secara solo tapi mcm tiada keberanian lg di situ.. rsa btul dah tu solo is the best, two is better... setakat ni sy ngam utk travel secara berdua je. kalau ramai2 pening kpala nak layan karenah masing-masing kan?kan?

      Delete
  7. Hai dear. Im looking for travel partner ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik A is backkkk... jom travel sama2 lagi... ber'backpack' sesama...

      Delete
    2. Hahah jom2 blh plan dah...

      Delete
  8. Salam, bumped on your blog masa tgh google pasal rakan travel. sya sgt setuju mmg sgt2 susah nak mencari rakan travel yg soulmate. problem yg selalu saya hadapi ialah bila saya nyatakan nak pergi travel ke suatu tempat ramai yg nak ikut, bile dh plan kan dan tanye balik jawap nak x nak jer. gerammmm betul. nak travel solo saya blom dpt confident itu lagi.
    apa pon tahun ini saya plan mau pergi ke Germany, Amsterdam, belgium. ade sesape interested nak join? minimum 2-3 org, max 4 org. x nak ramai2.. peninnnggg laaa... dan nak yg tekad nak travel... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. sorry baru reply.. Last year saya terjah japan-korea je..tak de budget ke euro. sobs sobs sobs

      Delete
  9. Hi saya pun try nak cari travel partner. Kalau awak sudi whatsapp saya +60172193473 nak try pergi sorang tapi risau kan tempat orang. Korang boleh whatsapp saya ye. 😊

    ReplyDelete
  10. Assalam sy mncri travel partner.plan nk ke korea nxt year..😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. alamak, sy dah 2 kali pergi ke korea..

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Assalam sy mncri travel partner... nk p Yogyakarta or siem reap or mane2... hehenk p time cuti hari mesia pun ok...or any other suitable dates... bole pm sy gazel_lie@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. Salam... Saya teringin sngat nak travel.. Tpi bila ajak kwn.. Bnyk sngat karenah... Masi ada orang nak travel together-gether.. Mna tau kita segeng.. Hehe... Feel free to email me vanillazero1@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam... Saya teringin sngat nak travel.. Tpi bila ajak kwn.. Bnyk sngat karenah... Masi ada orang nak travel together-gether.. Mna tau kita segeng.. Hehe... Feel free to email me vanillazero1@gmail.com

    ReplyDelete