Total Pageviews

Sunday 31 August 2014

Weekend Getaway

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

 

Esok dah start keje daaa... Dont worry cause school holiday is coming soon.. 

 

Ohhh emm geeeee!!!!!!! :)

 

 

Cuti selama tiga hari ni diisi dengan buat soalan exam dan mandi-manda di Tampi-Tampi. Masihkah anda ingat akan Tampi-Tampi yang pernah aku cerita suatu ketika dulu? Sila flash back ye.. Aku dah pernah 2 kali ke Tampi-Tampi sebelum ni tapi hanya untuk makan-makan dan sightseeing sajo. Di Tampi-Tampi juga popular dengan tempat untuk bermandi-manda. Dulu aku makan sambil jeling-jeling tengok orang mandi. Geram rasa nak swimming. Last aku swimming tahun lepas gamaknya. 

 

 

Nak dijadikan cerita aku ni kebosanan duduk rumah. Aku pun ajak Cik R naik Bukit Tengkorak. Dengar kata view atas puncak Bukit Tengkorak tu cantik. Aku pun dengan semangat wajanya roger rakan sekerja(lelaki) ajak teman kami ke sana. Kalau ada lelaki rasa selamat la sikit. Last-last dia reject dengan alasan dorang plan nak memancing dan mandi dekat Tampi-Tampi. Dengar je dorang nak mandi dekat Tampi-Tampi, terus aku on! Cancel plan naik Bukit Tengkorak. 

 

 

Perjalanan nak ke Tampi-Tampi makan masa 10-15 minit dari rumah aku. Bukit Tengkorak dengan Tampi-Tampi berdekatan je. Sebelum tiba ke Tampi-Tampi, aku singgah kejap dekat Bukit Tengkorak kunun-kunun nak usha rupa tempat itu macam mana gamaknya. Ini diaaaaa.....

 

 



 

 

Kalau ikot rasa hati memang nak je naik terus tapi memandangkan seorang kawan aku pregnant, hasrat terpaksa di bawa ke hari mendatang. Bukit Tengkorak, mu tunggu aku datanggggg!!!!!

 

 

Sampai je Tampi-Tampi, keterujaan semakin menerjah sanubariku.  Geram aku tengok air lautttttt yang crystal clear itu.. Nak mandiiiiiii..... Tak kira, tak kira.. Lalu, gedebuuukkk. Ada makhluk jatuh tangga okeh! Siapa yang jatuh tangga? Aku la.. Siot betul! Jatuh pulak depan kawan-kawan aku. Maka, histerialah suasana.. Kah Kah Kah.. Tapi aku kan sporting. Lepas jatuh terus bangun sambil gelak-gelak bagi menambah suasana histeria yang melanda. Kawan-kawan aku kalau baca entri aku ni, confirm boleh gelak sorang-sorang bila teringat scene aku jatuh. Cehhhhh...

 

 

 









 

 

Pernah tengok filem Duyung? Dekat sini la Maya Karin shoot part berenang-renang tu. Nak masuk  mandi kat sini kena bayar ye. Bayaran sebanyak RM2 dikenakan untuk setiap orang. Untuk kanak-kanak atau sesiapa yang tak tahu berenang, boleh la mandi di kawasan yang airnya tidak seberapa nak dalam. Life jacket juga disediakan bagi sesiapa yang nak belajar berenang. Di bawah ni aku sertakan gambar kawasan di mana air tak seberapa nak dalam. Tapi ada budak tu boleh lemas walaupun air tak dalam. Erkkkkkkk.... hahahaha....

 

 


Tolong! Tolong!






Bagi sesiapa yang ada bau-bau bacang dengan ikan, sotong, penyu mahupun kuda laut, boleh la berenang di area yang dalam sikit. Kedalaman air aku rasa lebih 2 meter okeh!  Disebabkan aku ada bau-bau bacang dengan dugong, maka aku menyahut cabaran untuk berenang di kawasan ini. Perhhhhhhhh... Best bangat! Tercapai sudah niat yang dah lama terpendam. Air tenang je dan tak terlalu masin. Tak le rasa pedih mata time mandi. So, sesiapa yang nak terjah Semporna, aku syorkan Tampi-Tampi termasuk dalam list yang perlu anda lawati. Boleh je nak lantik aku jadi tour guide korang tapi haruslah berbayar.. hew hew hew. Time mandi ni kawan aku boleh interview anak-anak Bajau. Bagaimana kamu belajar berenang?tanya kawan aku. Balas budak tu, waktu aku kecil dulu, aku ada telan sotong mentah. Erkkkkk... Apa yang aku faham, ni mungkin petua mereka kalau nak pandai berenang. Bagi yang tak boleh berenang, ndak mau cuba ka?



 



 

 

Sampai sini je entri kali ni... Nantikan entri aku ke Kota Kinabalu pulak nanti. See you soon..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

#Good luck untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan

3 comments:

  1. salam perkenalan!

    Bestnya rumah 10-15 minit je dah sampai area cantik-cantik ala2 mabul gitu. kalau saya ke sana, mandi dengan budak-budak tu lah gamaknya *tak pandai berenang* hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugak! Jeti nak ke Pulau Mabul dengan rumah saya lagi dekat. 5-10 minit je..hehehehe.. Datang la Semporna. Selalu orang citer Pulau Mabul je kan cantik, tapi sebenarnya ada banyak lagi pulau-pulau yang top dekat Semporna. Leh la nak snorkeling mahupun scuba diving. Ayuh bha ke Semporna!

      Delete
  2. The Perfect Casino: Top Offers & Bonuses at
    The Best ford escape titanium Casino Offers. herzamanindir.com/ Casino Bonuses & Promotions. septcasino With an emphasis on casino games, the gambling industry is expected to gri-go.com explode www.jtmhub.com

    ReplyDelete