Total Pageviews

Friday 30 October 2015

Bandung Trip Part 3: Pasar Gasibu

Happy sunday people!


Sesiapa hantu pasar sila angkat tangan???? Hantu pasar??? 


Aku salah seorang hantu pasar. Orang kedah macam aku advance sikit. Kami panggil pasar, market. Omputih habis orang kedah noh. Baru hampa tau! hahahaha.. Kalau travel ke negara luar, memang tak boleh miss ke pasar. Aku suka suasana pasar. Sambil-sambil tu boleh tengok culture, sosial dan sebagainya. Tak lupa bagi hantu shopping, pasar menawarkan harga yang lebih murah berbanding tempat lain. 


Selalunya pasar pagi mahupun pasar malam yang besar dan happening beroperasi pada hujung minggu sahaja. Better plan your trip supaya sempat mengunjungi Pasar Gasibu Bandung! Pasar Gasibu hanya beroperasi pada hari ahad sahaja. Lokasi pula berada di Jalan Dipati Ukur, Kota Bandung. Kata supir aku, dekat aja dengan area Dago. Actually, supir aku yang advise kami ke sini. Kami tak tahu pun kewujudan pasar ni. Suasana Pasar Gasibu lebih kurang macam Pasar Karat di Shah Alam. Happening gila! Ianya mula beroperasi seawal pukul 6 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. 


Apa yang menarik di Pasar Gasibu? Pertamanya of course harga bergolek-golek lebih murah berbanding tempat lain. Ruginya tak beli banyak sourvenir di sini. Paling best, sometimes tak payah nak bargain pun sebab harga dah sangat murah. Satu lagi kat sini macam-macam barang dijual sampaikan tak terjangkau di kotak fikiran aku. Tak pernah lagi aku tengok orang jual umang-umang hidup di mana kulitnya diwarnakan dengan pelbagai corak dan warna. Unik! 


Sekiranya berkunjung ke sini, aku nasihatkan datang awal pagi agar tidak bersesak-sesak. Around pukul 9 ke atas, orang dah mula ramai. Selain tu, pastikan anda ingat pintu masuk dan keluar. Aku dan Cik Y pening-pening cari pintu masuk disebabkan terlalu ramai dengan manusia. Tak lupa, be careful with your bag. Banyak pencopek katanya. Peniaga kat sini siap pesan dengan aku dan Cik Y, agar sling bag kami sentiasa berada di hadapan badan. Pesanan terakhir, berhati-hati dengan duit anda agar tidak banyak dilaburkan di sini. Phewwww....






obral=murah







Rugi tak beli mask kat sini. Balik Malaysia, semakin teruk pulak jerebu.














Pasar mulai sesak dengan pengunjung







Umang-umang ini masih hidup! Mau design apa?Doraemon?Spiderman?Angry Bird? 







Banyak tempat yang aku perhatikan ada menjual baju untuk patung barbie. Peniaga di sini menjahit sendiri baju-baju ini.







Rantai di atas aku beli dengan harga Rp10000 bersamaan dengan RM3. Ada banyak jenis patern yang unik dan cantik. Rambang mata! Kalau tempat lain seperti di Jalan Cihampelas, harganya lebih mahal. Terpaksa kena bargain lagi. Sempat juga aku beli dress dari kain batik Indonesia untuk my niece. Harga around Rp15000 je. Berpatutan dari beli di Tawau.


Akibat terlalu ramai manusia, maka ianya sedikit sebanyak membantutkan aku dari mengambil lebih banyak gambar. Di Pasar Gasibu juga menjual pelbagai jenis makanan. Nak rasa nikmat makan bersila berama-ramai, boleh lah datang ke sini. Apa-apa pun pasar ini perlu berada dalam your top list sekiranya anda travel ke Bandung. 













#Next mission nak terjah the largest market in Bangkok

2 comments:

  1. I love market too! And masa ke Bandung, tak sempat ke sini. But that Nat Geo shirt really attract me much! Murah gile. IDR27,000 jek.

    Oh btw, Chatuchak is a must go when u r in Bangkok! Ada satu kedai halal situ, Nasi Ayam and sup dia, perggghhh sedap gile!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pon hantu market..memang nak ke Bangkok ni sebab nak serang Chatuchak market. Thanks for the info! :)

      Delete